بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
SEORANG BLOGGER SENTIASA MELAKUKAN PELABURAN |Pelaburan.Walau kita bukan seorang pelabur harta yang melibatkan urusan tukaran wang dan sebagainya,yang sentiasa melihat papan papan berdigit berangka naik turun nilai tukaran mata wang setiap hari,yang sentiasa mempertaruhkan nasib menjadi rezeki yang memihak atau tidak memihak,menjadi untung atau rugi sebenarnya hidup ini mahu tidak mahu setiap kita lakukan pelaburan.Untung atau rugi yang sebenarnya nanti keputusannya di SANA.Dari mana kita menerima buku catatan peribadi.Kanan atau kiri.Allahu.Berasa gerun sendiri.
Selagi bernyawa di dunia ini selagi itulah kita sentiasa melakukan pelaburan.Kecil,besar,banyak atau sedikit pelaburan tetap pelaburan.Baik yang kita laburkan baik pulangannya.Buruk yang kita laburkan leburlah hujungnya.Seorang blogger juga sebenarnya sentiasa melakukan pelaburan.Baik menjadi blogger sepenuh masa ataupun separuh masa sekadar sambilan sahaja.
Seorang Blogger Sentiasa Melakukan Pelaburan | Google Image
Idea.Tidak mudah menjadi seorang blogger sebenarnya.Ada banyak kekangan dan risiko yang perlu ditanggung.Nampak macam senang sangat.Macam tiada apa-apa.Pertarungan pertama adalah bagaimana mahu mengolah konten yang menarik untuk dibaca dan mudah difahami serta menarik minat orang membaca tanpa tergesa-gesa cari simbol pangkah.Setiap hari orang sentiasa harapkan suatu yang baru dan bermanfaat daripada blog kita.Walaupun kadang cuma sebaris ayat sahaja.Kalau ada daya tarikkannya orang yang singgah akan terus menjadi tetamu yang setia.Justeru itu yang menjadi kuncinya.Olahan idea.Cantik susunan ayatnya,indah dan santai pilihan kata-kata inshaAllah ianya menjadi satu pelaburan permulaan yang menguntungkan.
Tenaga.Apa-apa pun untuk melakukan sesuatu tenaga sangat penting dan sangat diperlukan.Tubuh cergas.Minda cerdas.Bila sudah mennjadi seorang blogger,terkadang rasa letih sanggup diketepikan.Tidak sihat pun sanggup digagahi juga.Semangat untuk berkongsi atau menyampaikan sesuatu itu memacu diri mejadi sentiasa positif bangkit dan kembali bertenaga,bukan kerana mengabaikan kesihatan atau mementingkan sesuatu yang belum tentu menjamin,tapi bila seorang itu ada rasa sayang pada blog yang dirintisnya,rasa rindu untuk terus berkarya itu menggebu walau cuma baru seharian ditinggalkan.
Masa.Memberi fokus pada blog sendiri itu memerlukan masa.Tidak boleh tergesa-gesa juga takut nanti lain jadinya.Meluangkan masa ziarah ke blog-blog sahabat blogger lain juga memerlukan masa khas juga,seperti mana sahabat blogger lain meluangkan masa mereka singgah dan sentiasa sudi singgah ke blog kita,mengapa kita tidak melakukan perkara yang sama.Tiada salahnya.Pelaburan masa untuk blog sendiri dan blog sahabat blogger yang lain mesti disediakan.Tidak menjadi satu pembaziran masa kalau kita mendapat banyak perkara bermanfaat daripada perkongsian orang lain.Itu pun rezeki juga.
Perhatian.Seharian kita mewah dengan agenda masing-masing.Sedari buka mata bangun tidur hinggalah larut malam tidur semula.Kerja atau tugasa walau cuma di rumah tidak pernah habis.Walau setiap hari mengulagi rutin yang sama sahaja.Pasti ada bertambah dan berkurangnya juga.Ikut keperluan dan kehendak yang bersesuaiankan.Dicelah-celah itu bagi seorang blogger sesibuk mana pun perhatian pada blog tidak dengan mudah disisihkan.Kecuali disebabkan hal-hal yang sememangnya tidak dapat dielakkan.Walau mungkin blog terabai,namun bila sahaja semua kembali pulih atau selesai,sudah tentu perhatian kepada blog difokuskan kembali.Perhatian pada blog sendiri suatu yang sangat perlu lebih-lebih lagi sekarang teknologi semakin pesat akan sentiasa ada suatu pembaharuan.Kualiti segenap sudut mesti diutamakan.
Wang.Membina blog dan menjadi seorang blogger perlu bertatih walau letih.Tidak semua dapat dan mudah dikuasai.Setiap blogger ada bidang dan kemahiran masing-masing.Bagi blogger yang mempunyai kemahiran boleh sahaja menjana pendapatan sampingan atau pendapatan tetap juga.Bagi mendapatkan pulangan atau hasil yang terbaik dan semaksimumnya pelaburan harus dilakukan.Barangkali ada yang sudah berasa selesa dengan seadnya yang diperolehi secara percuma,pemilihan template percuma dan sebagainya.Namun untuk mendapatkan sesuatu yang lebih peribadi pelaburan wang mesti dilakukan juga.Membeli template,menempah header dan watermark,memilih membeli dan memiliki domain sendiri,itu semua memerlukan kos.Termasuklah kos internet atau perkhidmatan jalur lebar yang menjadi platform utama dan sebagainya yang sangat-sangat diperlukan.Ya semua itu memerlukan pelaburan wang.
Jelaskan,barangkali ini cuma beberapa sahaja menjelaskan seorang blogger itu sentiasa melakukan pelaburan.Disebalik setiap pelaburan yang terlihat ini ada lagi satu pelaburan yang seorang blogger sentiasa lakukan adalah pelaburan berbentuk fardhu kifayah juga.Blog menjadi mediaum perantara.Blogger memainkan peranan penting untuk mencorak dan memacu ke mana arah terbaik blog yang sedang dibangunkan.Andai melauli blog dan menjadi seorang blogger boleh menjadikan kita manusia lebih baik dan mempengaruhi orang lain juga menjadi lebih baik,mengapa tidak.
Kerana Allah.
Sekian
Semua menjadi indah pada waktunya
Tags:
Santai
Terima kasih pada blogger2 yg tak jemu berkongsi ilmu bermnfaat..
BalasPadamTerus saling menyokong satu sama lain.InshaAllah.
Padammemang banyak pelaburan yang blogger buat sebenarnya kan, pelaburan dunia dan pelaburan akhirat...
BalasPadamPelaburan dunia dan akhirat.Betul sangat.
PadamBLOGGING MEMANFAATKAN BLOGGER DGN N3 BERINFORMASI CARIAN VIEWERS..KAEDAH MENJANA PAHALA KEKAL MELALUI TULISAN SECARA TIDAK SEDAR
BalasPadamBetul tu kak PI..daripada penulisan itu pun ada yang menjadi pahala dan sebaliknya.
PadamAlhamdulillah masih terus kan blogging. Dulu penah give up kejap. Tapi nampak msa depan blogger masih relevan
BalasPadamInshaAllah sentiasa ada rezeki melalui blog.
PadamBetul tu...saya setuju. Tapi sebab minat, takpela berkorban sikit...hehehe
BalasPadamAlhamdulillah.Hehe.
PadamMudah2an apa yang kita entrikan dapat memberikan manfaat kepada orang lain
BalasPadamBetul Wak dan kembali kepada kita juga manfaatnya kelak.
Padamsemoga kita semua terus semangat dalam berblog =)
BalasPadamSemangat.Semangat.Semangat.Bangkit.
Padampelaburan terbesar jadi blogger ialah masa.
BalasPadamuntuk menulis selain idea amat menuntut masa yang bukan sedikit..
Betul tu PC.. sebab tu apa yang kita tulis biarlah beri manfaat dunia akhirat sebab kita bakal ditanya nanti kan. Bab pelaburan lain tu pun Kak Sue setuju.. masa, idea dan wang ringgit..
BalasPadamA blogger always makes an investment in tools that enhance their reach, and affordable mass texting is one of the smartest choices. It allows bloggers to connect with their audience directly, boosting engagement and growing their following without breaking the bank.
BalasPadam