Suka-suka Duka Luka

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

SUKA-SUKA DUKA LUKA.Bila bergurau berlebihan pasti ketawa pun berlebihan.Maka kalau ada orang tua-tua yang melihat sudah tentu mereka pun berpesan,jangan suka-suka sangat nanti menangis.Atok dan nenek PC pun selalu pesan pada kami cucu-cucunya.Manakan tidak,jarang dan susah mahu berjumpa,bila sesekali bertemu guraunya luar biasa.Tidak ingat dunia macam tiada hari esok bila bermain.Main,gurau sungguh-sungguh.Sampai sekarang pun bila masing-masing sudah berganjak dewasa,bila bertemu bergurau senda itu tetap ada,cuma ibu bapa kami pula yang berpesan begitu.Jangan suka keterlaluan hujungnya nanti menangis kata mereka.

Fakta atau dusta.Atau teguran berkias dan berlapik.Sebarang kemungkinan itu sentiasa ada.Orang tua-tua ada cara menasihati dan menegur masing-masing.Ada masanya kita seolah olah tidak boleh menerima kerana seperti tiada logiknya di mana-mana sehinggalah kita sendiri mengalaminya.Bila telah mengalami,barulah kita sedar tiada salahnya mendengar nasihat orang tua-tua.Kalau pengalaman PC sendiri,banyak kali sebenarnya,ketawa-ketawa,sungguh-sungguh gembira hujungnya ada sesuatu yang buat PC bersedih dan menangis walau pun tidak pada hari atau waktu yang sama.Begitu juga sebaliknya boleh terjadi.Kadang rasa sedih dan mudah sangat mahu menagis.Dengan izin Allah ada pula sesuatu yang buat PC ceria gembira semula.

Besederhana sudah memadai sebenarnya.Mahu bergembira,atau mahu berduka sebenarnya biar besederhana sahaja.Memang kita sukar untuk mengawal emosi.Sangat sukar,kerana emosi tidak boleh diset mengikut suka dan kemahuan kita.Hari ini mahu menangislah,makan terus menangis.Hari ini mahu ketawa terbaha-bahaklah,maka terus ketawa.Semua tidak semudah itu.Cuma yang boleh dilakukan adalah minimumkan penerimaan.Alihkan sedikit tumpuan agar tidak meleret hingga keterlaluan perasaan suka atau duka.

Suka-suka duka luka itu boleh sahaja berlaku ya.Bukan suatu yang aneh atau mustahil sebenarnya.Dan hakikatnya begitu yang sering terjadi.

Sekian

Semua akan indah pada waktunya





PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Biasanya orang tua akan tegur kan PC kalau kita terlebih sangat seronoknya.. berpada-pada dalam apa yang kita buat sebenarnya tu..

    BalasPadam
  2. Betul. Orang-orang tua memang selalu pesan begini kan... minta anak cucu agar sentiasa beringat.

    BalasPadam
  3. kalau boleh hendak ketawa ja selalu tapi roda hidup tiasa bergulir

    BalasPadam
  4. Bersederhana itu adalah lebih baik. Bersederhana itu juga sebahagian daripada sunnah.

    BalasPadam
  5. tapi ketawa itu lah penawar duka

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama