بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
SYAWALKAN SEBULAN |Puasa sebulan.Syawal pun sebulan kalau tidak situasi sekarang COVID 19 boleh jadi Syawal jadi lebih sebulan diraikan.Bukan kerana keterlaluan tapi kerana mahu meraikan dan dalam masa yang sama mengadakan majlis kecil-kecilan dan sederhana untuk menjamu jiran tetangga,saudara mara dan sahabat juga.Itu yang jadinya Syawal boleh jadi empat puluh hari.
Syawalkan Sebulan
Ya Syawalkan sebulan,maka jangan terburu-buru dan tekan atau desak diri untuk puasa suant Syawal atau puasa enam.Mungkin dua Syawal sudah ada yang mula sambung berpuasa,sambung puasa sunat Syawal atau puasa enam.Ada juga yang mula setelah seminggu Syawal atau pun nanti dipertengan atau hampir penghujung Syawal,terserah hak dan pilihan masing-masing juga.Asal cukup enam hari di bulan Syawal.Mahu selang seli pun tidak menjadi isu.Silakan.Itu puasa sunat.Yang wajib adalah qada puasa Ramadhan yang ditinggalakn bersebab atau tidak bersebab.Sebelum masuk Ramadhan tahun akan datang.
Biar tidak dibenarkan menziarahi seperti sebelum ini,tetap sahaja boleh terus bersilaturahmi satu sama lain dengan cara masing-masing.Teknologi mampu mendekatkan.InshaAllah.Mahu atau tidak sahaja melakukan dan amalkannya.Pilihan itu ada,tinggal pilih dan laksanakan.
Syawalkan sebulan.Ini rezeki yang Allah SWT beri dan pinjamkan kepada kita.Kita masih diberi nafas untuk meraikan Syawal tahun ini,alhamdulillah.Dalam apa pun keadaan terus mensyukuri walau dalam suasana yang mungkin tidak sepenuhnya gembira.Namun setiap Syawal itu ada kemanisannya yang tersendiri.Dan Syawal di tahun 2020 ini lebih mewah kisahnya.
Sekian
RAHMAT ALLAH SWT itu KUNCI
Tags:
Santai
SYAWAL DENGAN RAHMAT-NYA MANFAATKAN SEBAIKNYA
BalasPadamAamiin.InshaAllah.
PadamKalau tak silap hari ni dah 14 Syawal..then ni tak ada yang datang ziarah
BalasPadamMasing-masing patuh arahan dan saling menjaga.
Padamraya tahun ni memang berbeza..tak apalah,mudah-mudahan nanti semua akan kembali pulih macam biasa =)
BalasPadamAamiin.InshaAllah Mizi.
PadamSyawal memang sebulan
BalasPadamTapi tahun ni kita sambut raya sehari aje
Demi kebaikkan semua.
Padam2 syawal sudah mula puasa 6 sbb tabiat berpuasa tumasih ada. bukan apa klu lambat2 sgt nnt feel puasa tu dah hilang...
BalasPadamPulak bila puasa dalam keadaan orang lain tidak berpuasa,besar cabarannya.
Padamhari ni baru start puasa...huhu, moga berterusan sampai hari keenam...ikut kemampuan masing2 kan..
BalasPadamAlhamdulillah.InshaAllah boleh.
PadamTahun ni paling tak bnyk dugaan puasa 6 sbb ada kat rumah shj.. tak ada tarikan nak makan open house hehe
BalasPadamSetuju sangat.Hikmahkan TN.
Padam