بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
USAHA MERAIH CINTA ALLAH SWT | Ada banyak sangat cara maraih cinta manusia.Sebenci-bencinya boleh berubah menjadi paling sayang sekali.Sebab itulah selalu orang tua-tua pesan,kalau tidak suda jangan berlebihan,daripada benci menjadi sayang.Kalau mahu diterjemahkan dalam bahasa hukum atau syarak sebenarnya hati kita ini Allah SWT yang jaga.Bila-bila masa sahaja boleh DIA ubah dan bolak-balikkan.Itu sahaja.
Manusia sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih cinta manusia.Bagaimana usaha kita hamba meraih cinta Allah SWT.Perlukah.Sangat perlu.Kalau usaha meraih cinta sesama manusia lapan puluh peratus,usahakankan meraih cinta daripada Allah SWT dua ratus peratus bererti berganda-ganda usaha yang mesti dilakukan.Bukan main-main jangan ambil mudah sahaja.
Melakukan kebaikkan itu banyak dan sangatlah luas pengertiannya.Kita buat baik orang suka,makhluk lain pun suka apatah lagi Allah SWT kan lagilah tersangat suka.Salah satunya cara atau usaha yang boleh kita terus lakukan untuk meraih cintaNYA adalah bartaubat dan sentiasa berada dalam keadaan yang bersih.Bersih daripada hadas besar dan bersih juga daripada hadas kecil.
SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.
(Al Baqarah 2 : 222)
(Al Baqarah 2 : 222)
Besar pengaruh menjaga kebersihan diri.Justeru mengapa menyucikan diri dan bertaubat menjadi salah satu sebab Allah SWT sayang kepada hambaNYA bagi yang sentiasa menjaga dua perkara ini.Taubat itu menyucikan dalaman kita.Menyucikan diri itu sentiasa menjaga kebersihan keseluruhan tubuh luaran sedari hujung rambut hinggalah hujung kaki.Semuanya ada kaitannya dengan iman dan ibadah.Jadi tidak hairanlah mengapa Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan sentiasa menyucikan diri.
Sekian
Semua menjadi indah pada waktunya
sentiasa berusaha meraih cinta drp Allah.
BalasPadamAamiin.Sebenarnya kita mampu cuma mahu atau sebaliknya sahaja.
PadamAllah's love is all that we need. <3
BalasPadamBetul.
Padamraih cinta Allah n eratkan ukhuwah sesama insan
BalasPadamjaga dua-dua kan Kak PI.
Padam