Hancurnya Benteng Kesabaran

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

HANCURNYA BENTENG KESABARAN.SABAR itu satu sikap terpuji.Sangat disenangi dan disukai sesiapa pun.Tidak semua orang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.Kesabaran itu sememangnya tiada had..namun kemampuan manusia untuk terus bersabar itu sangat terbatas.

Lazimnya manusia marah pasti bersebab.Hancurnya benteng kesabaran juga sudah tentunya beralasan.Cuma orang lain yang melihat dan menilai membuat bermacam tafsiran.."tidak sabar".Namun pernahkah kita berfikir sebelum seseorang itu membuat sebarang keputusan dia sudah bertahun memikirkannya..sudah bertahun-tahun juga mempertahankan benteng kesabaran dalam dirinya.Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui.

Ibaratnya;

Air yang sejernih-jernihnya bila dititiskan apa-apa sahaja warna ke dalamnya pasti berubah warna air tersebut.Semakin banyak titisan warna tersebut maka semakin tiada langsung kejernihannya..semakin pekat dan  gelap.Semakin menampakkan warna yang campurkan.Begitu jugalah manusia.Banyak sangat faktor yang menyebabkan hancurnya benteng kesabaran.

Antaranya;

⇝Keimanan.Mental.Emosi.
⇝Telah lama memendam atau menahan perasaan.
⇝Provokasi secara senyap atau terang-terangan.
⇝Silap dalam berteman.
⇝Mudah terjebak hasutan dan kata-kata.
⇝Malas mendengar penjelasan.
⇝Mempercayai sebelah pihak.

Hancur benteng kesabaran itu bererti membuka lebih banyak pintu atau jendela masalah yang lain juga.PC sendiri pun tahap kesabaran lebih tipis daripada kulit bawang.Mahu sabarkan diri bukan hal mudah.Tidak semudah bercakap.namun selagi boleh selamatkan rasa sabar yang ada itu..maka perjuangkanlah.Pertahankan rasa kesabaran itu.

Sekian.

Semua menjadi indah pada waktunya
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. susah nak kekalkan kesabaran bila iman lemah... akak pun sama...

    BalasPadam
  2. Sebab tu orang selalu cakap, jangan jolok sarang tebuan hehe

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama