بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
MENYAMPAIKAN MAKSUD.Ada banyak cara.Ada bermacam-macam ragam.Ikut orang.Ikut kesesuaian usia dan latar belakang juga.Ada yang sangat kreatif.Tidak kurang yang biasa-biasa sahaja.Asal niat menyampaikan maksud itu berjaya..alhamdulillah.
Menyampaikan maksud.
Status di media sosial.Zaman sekarang sangat-sangat mudah.Mudah untuk menyampaikan maksud tanpa berdepan pun dengan orang atau sesiapa yang ingin ditujukan hal atau perkara tersebut.Hujung jari.Taiplah berapa panjang,berapa banyak perenggan,berapa patah perkataan,hantar dan kongsi.Mudahkan.Cuma...adakah niat mahu menyampaikan maksud itu difahami atau dipandang sepi..sampai kepada sasaran atau tersasar berlalu pergi..
Adat berpantun.Menyampaikan maksud melalui kaedah berpantun ni dah kurang sangat diamalkan.Mungkin masih dikekalkan di sesetengah negeri,itu pun tidak semua daerahnya,lazimnya ketika majlis walimatulurus,merisik,bertunang dan ketika menyambut ketibaan mempelai.Adat pemanislah lebih kurang.Berjual beli pantun..kalau yang menjual dan membeli pantun tu memang kaki pantun..alamatnya banjirlah ketiak pengantin tunggu.
Menghantar wakil.Sesetengah orang lebih suka melakukan sendiri.Ada juga lebih suka menghantar wakil bagi pihak.Sebenarnya mana-mana pun tidak menjadi masalah kerana keutamaannya adalah untuk menyampaikan maksud tujuan.
Sekian
Sekian
Semua menjadi indah pada waktunya
Tags:
Santai
Sekarang menyampaikan maksud online aje
BalasPadamBetul.Serba serbi online wak.
Padammenyampaikan maksud jadi mudah dengan adanya teknologi tapi kadang kala disalah tafsir.
BalasPadamKan.dan disalah guna juga.
Padammmg media social skrng ni main medium nak menyampaikan..
BalasPadamtapi kadang2 takut tersalah tafsir kan.. salah faham sebagainya..
Dan penerimaan orang satu sama lain berbeza-beza.
Padamyang bahaya tu kalau tersampai dekat orang yang tak sepatutnya...boleh menimbulkan pergaduhan..huhu
BalasPadamTepat.Lain diharap lain jadinya pulak.
PadamSetiap maksud yg baik pasti mempunyai nilai tambah buat kita di akhirat kelak, in shaa Allah.. aamiin.
BalasPadamSetuju sangat.Kebaikkan itu patah balik pada kita.Aamiin.
PadamHehe.teknik tu tak nak bagi orang perasan.
BalasPadamterima kasih ya.
BalasPadam