Pilihan Dan Alasan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

PILIHAN DAN ALASAN.Allah SWT ada alasannya yang tersendiri mengapa kita lahir dan dihidupkan di dunia ini.Ada.Cuma kita sahaja yang tidak tahu.Sebagai manusia,tugas kita lakukan apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang DIA larang untuk kita lakukan.Bohonglah kalau boleh lakukan semua dengan mudah dan lancar kerana kita ini tidak ma'sum.Akan sentiasa lakukan kesilapan.Akan sentiasa ada kurang di sana sini.Bagi PC hidup ini ada prosesnya.Mahu mencapai sesuatu,mahu berubah kepada yang lebih baik itu juga sangat menuntut proses yang panjang dan mencabar,lebih-lebih lagi di zaman sekarang ini.Allahuakbar.

Manusia.PC dan semua sahabat-sahabat blogger malahan kita semua ini ada banyak sangat pilihan yang boleh dipilih.Dan paling pasti pada setiap pilihan yang kita lakukan dan ambil serte putuskan,tentunya ada alasannya.Ada masanya kita binggung bila disuruh membuat pilihan.Antara A dan B.Antara E dan F.Terkadang sebenarnya kita tidak perlu pun membuat pilihan sebaliknya jalani sahaja apa yang ada dihadapan mata sebagaimana selayaknya.

Contoh mudah.

Suami dan anak pilih siapa.

Kalau pilih suami alasannya dia imam dan tanpa suami isteri tidak boleh hamil dan tidak lahirlah zuriat kita.

Sedangkan kalau pilih suami itu bagaiaman pula keadaan anak yang tidak mengerti apa-apa lagi,lantaran anak-anaklah yang paling memerlukan ibu atau orang tuanya untuk dididik dan diberi perhatian sebaik-baiknya.

Nampak tak.Sebenarnya ini contoh sangat mudah.Antara pilihan dan alasan.Ya setiap orang ada alasan masing-masing.Namun begitu tidak semua benda atau perkara perlu membuat pilihan atau perbandingan kerana ada hal yang Allah SWT sudah beri dan tetapakan ianya begini makan perlu diuruskan begini.Justeru itu ada istilah tanggungjawab dan bukan boleh ditentukan seperti antara keperluan dan kehendak.

Untuk membuat pilihan dan memberi alasan atau ada alasan tertentu pastikan berjaga-jaga juga kerana bila disuruh membuat pilihan tentunya akan ada yang dikorbankan baik secara langsung atau tidak langsung.Paling bahaya yang terkorban adalah perasaan.Memang tidak dinafikan,dalam hidup ini sangat terdedah dengan pelbagi pilihan.Alasannya juga daripada dalam diri kita sendiri.Lebih mahu dan teguh kita dengan pilihan  yang dipilih maka kita akan terus memberi dan mencari alasan yang paling mantap untuk mengokong pilihan.Satu,JANGAN SAMPAI TERSALAH MEMBUAT PILIHAN.Wajarlah kalau sialap.Dan jawapannya adalah beristikharahlah.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

10 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama