Bila Ada KEMAHUAN Sendiri

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BILA ADA KEMAHUAN SENDIRI.Bila ada kemahuan dalam diri inshaAllah pelbagai jalan dan cara akan diikhtiarkan.Kuncinya adalah KEMAHUAN.Nak atau tak nak berbalik pada diri sendiri.

Lahirnya kita ke dunia ini putih.Bersih.Pertama yang mencorakkan adalah ibu bapa.Rumah adalah sekolah pertama untuk anak-anak.Ibu bapa adalah ibu bapa yang merangkap guru pertama juga dalam sejarah kehidupan diperingkat dan langkah pertama atau awal anak-anak.

Kemudian barulah menjadi lebih luas lagi langkah dan pergaulan sehiggalah seiringnya waktu kita tumbuh menjadi kanak-kanak,remaja,dewasa seterusnya orang tua.Itu pun dengan izinNYA kerana usia tidak menjadi syarat pada kematian.Sepanjang merintis kehidupan tentutnya tidak sedikit hal yang kita perhati,pelajari dan alamikan.Bagaimana kita dan siapa kita hari ini semuanya telah melalui satu proses yang panjang.

Banyak yang kita lalui boleh jadi ianya menyumbang kepada pembentukkan keperibadian kita.Mahu tidak mahu mempengaruhi dan dipengaruhi serta terpengaruh itu tidak boleh ditolak ke tepi.Boleh jadi sahaja ianya menjadi sumbangan terbesar terbentuknya siapa kita hari ini.

Kalau ada yang melihat sesuatu yang seakan tidak wajar dilakukan atau diteruskan pada diri orang lain,sesama manusia kita boleh-boleh sahaja menasihati dan menegur sekadarnya.Namun begitu manusia ini ada egonya.Bezanya tebal atau tipis,tinggi atau rendah sahaja tahap keegoan seseorang itu.Jangan pelik kalau kita jumpa orang yang tidak terkesan dengan nasihat atau teguran,kerana manusia tidak boleh mengubah manusia lain kecuali diri dia sendiri ada kemahuan untuk berubah dan Allah SWT berkehendak begitu.Kalau Allah nak ubah pun DIA lihat dahulu diri orang itu mahu berubah atau sebaliknya.

Bila ada KEMAHUAN sendiri banyak urusan dan hal mudah diuruskan,lebih-lebih lagi dalam proses menjadi insan yang lebih baik.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

11 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. betul tu..tapi tula kadang masih ada lagi manusia yg tak dengar nasihat..diikutkan sangat ego dan keras kepala

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih sedih hujungnya menyusahakan orang lain.

      Padam
  2. Bagus saling nasihat menasihati. tp kena dengan berhemah. org skrg sangat sensitif kan. Kang takut dia rasa kita nk tunjuk pandai pulak.

    BalasPadam
  3. kadang2 dah tak mampu nak menegur..hanya mampu mendoakan sahaja..

    BalasPadam
  4. "Jangan pelik kalau kita jumpa orang yang tidak terkesan dengan nasihat atau teguran".

    Betul tu PC, hmmm masalahnya nampak pada orang cerdik pandai atau erti kata lain cendikiawan pun mcm ni. Susah kan...rasa mcm kenapa jadi cerdik tapi tindakan diluar kebiasaan atau moral hidup Islam memang jauh terpesong...

    Adakah itu diberi nama istidraj?

    BalasPadam
  5. Apa yang kita tempuh, memang akan pengaruhi kemenjadian hidup kita kan..

    BalasPadam
  6. Betul, semuanya bergantung kepada diri sendiri..nak atau tak nak ja

    BalasPadam
  7. manusia susah nak dengar nasihat bila hati dan keras dan hitam.

    Ibarat kata seorang remaja membunuh ibunya, bila ditanyakan apa perasaan dia, dia jawab "Tak rasa apa pun"

    bila dah banyak buat dosa,makin lama hati akan hitam jua...itulah punca kenapa sukar untuk menerima pandangan atau nasihat org lain..

    ini pendapat saya sendiri..orang lain pon ada pendapat masing2 kan..

    hehe

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/08/ada-nak-order-origami-3d.html

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama