بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
MANISNYA ALASAN KITA BERATNYA DITANGGUNG ORANG.Panas terik.Kurang angin.Sangat membuat kita berasa rimas.Selain rimas kerana cuaca,rimas juga dengan perangai manusia yang hobinya memberi sebanyak alasan yang boleh.Boleh mahu memberi alasan.Wajar-wajar sahaja hidup ini ada alasan.Allah SWT pun ada alasan yang tersendiri mengapa DIA hidupkan kita di dunia ini.Di alam yang penuh nikmat dan indah ini.
Ada alasan baik.Ada alasan tidak baik.Ada alasan yang memang betul-betul alasan bererti tidak berbohong dan ada alasan cuma alasan.Kalau kita dengar alasan daripada orang bukan bererti alasan itu sengaja direka atau bertujuan untuk mengelak.Walaupun sebenarnya ada yang beralasan untuk mengelak.
Beralasan atau berterus terang.Ramai memilih untuk beralasan kerana berterus terang itu tidak mustahil menimbulkan lebih banyak isu dan memperpanjangkan lagi masalah yang sedia ada.Baiklah.Kita akan memberi alasan berdasarkan situasi yang kita sedang hadapi atau terpaksa lalui.Rata-ratanya begitu.Ada masa orang percaya dengan alasan kita.Adakalanya pulak orang sudah malas mahu percaya.
Salahkan beralasan atau memberi alasan.Tidak jika alasan yang kita beri itu tidak menyusahkan orang lain.Jangan sampai manisnya alasan kita beratnya ditanggung orang lain.
Sekian
Semua menjadi indah pada waktunya
Tags:
Santai
Kebanyakan nya beralasan sebab nak menjaga hati huhu
BalasPadamalasan biar kena pada keadaanya. Betul, jangan sampai susahkan orang lain
BalasPadamBANYAK SANGAT ALASAN TAK MASUK AKAL LA NI
BalasPadamkalau banyak beralasan sangat, kadang2 malas nak layan...
BalasPadam