Beringat Ya

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BERINGAT YA

Lenggang lenggok jalan bersahaja
Ada yang memanggil dibiarkan dia
Jagalah akhlak di mana sahaja
Terpelihara maruah diri dan keluarga

Pergi pasar cari limau purut
Lega rasanya rambut dilurut-lurut
Bagus sikap mudah menurut
Pastikan betul siapa yang diikut

Harta takhta dan wanita
Itu semua satu godaan
Tekun menjaga peraturan dunia
Jangan diabai peraturan Tuhan

Sikap negatif perlu diubah
Apa yang baik jangan ditinggalkan
Perlakuan baik menjadi nilai tambah
Apa yang wajib mesti dilunaskan

Siapa makan cili dia rasa pedasnya
Siapa makan nangka kena pula getahnya
Bila berbicara jangan seenak rasa
Bukan cuma manusia nanti Tuhan pun murka

Sekian.

Semua menjadi indah pada waktunya

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. perilaku dan kata2 kita sebenarnya ada yang memerhati

    BalasPadam
  2. ALHAMDULILLAH PRIHATIN MMG TERBAIK

    BalasPadam
  3. harum baunya minyak zaitun,
    kak PC memang pandai berpantun.

    BalasPadam
  4. Wah kali nie berpantun pulak.. penuh dengan peringatan untuk kita semua..

    BalasPadam
  5. Sama-sama lah kita beringat dan Terima kasih juga untuk peringatan bersama :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama