Cuci Tangan Cuci Kaki

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

CUCI TANGAN CUCI KAKI.Tempayan penuh berisi air disisinya tersedia gayung khas.Itulah yang lazim ada dan terlihat bersebelahan pintu masuk atau tangga kebanyakkan rumah-rumah kampung satu masa dahulu.Untuk mencuci kaki sebelum naik atau masuk ke dalam rumah tidak kiralah dari mana kita datang.Cuci tangan sebelum makan itu satu rutin kepada sesiapa pun kecil besar tua muda.Kebersihan itu usaha menghindar pada sebaran masalah atau penyakit masuk ke tubuh melalui tangan-makanan-perut.Selain sabar..kebersihan itu ada hubung kaitnya dengan iman.

Cuci tangan cuci kaki untuk kebersihan itu wajar dan mesti dipraktikkan.Ada lagi satu yang menjadi simbolik bila sebut sahaja cuci tangan cuci kaki ini adalah di mana ia memberi isyarat seseorang itu mempunyai laluan mudah melakukan sesuatu hal atau urusan kerana terlebih dahulu telah disediakan atau diuruskan oleh orang lain.Sangat bersenang-lenang dalam hidup.Allahu.Rezeki namanya ni.

Ya,cuci tangan cuci kaki itu rezeki.Namun ibarat pepatah orang berbudi kita berbahasa..orang memberi kita merasa.Ada baiknya kalau tidak dapat sentiasa sesekali pun tidak mengapa kita pula yang berbudi agar orang lain juga berganti dapat merasa.Sama-sama itu lebih manis berbanding dia..dia dan dia lagi..atau kita..kita dan kita lagi.Kerana manusia..bertahannya tidak bersuara itu cuma seketika kerana ada detiknya walau hati teguh untuk sentiasa istiqhomah dalam kebaikkan..bila dijentik dengan hasutan dan bisikkan-bisikkan durjana..ianya menjadi rapuh juga.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

13 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA


  1. tula dulu slalu tgok rumah kampung lama-lama , mesti ada baldi berisi air dekat luar .
    aminn , semoga kita semua sentiasa istiqamah dalam beribadah :)

    BalasPadam
  2. samalah PC..rumah ammi masa kecik2 pun ada tempayan air kat luar. Nenek ammi (walaupun dia non-muslim) dia kata masuk rumah mesti basuh kaki supaya kita bersih bila ke dalam. Kita tak bawak masuk najis, tak bawak masuk apa2 yang "tak diingini" ke dalam rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.Betul tu.itlah ayat dan pesan orang tua-tua dulu.

      Padam
  3. Aduh moga dijauhkan dari bisikan yang bisa putuskan silaturrahim

    BalasPadam
  4. Sekarang kalau balik rumah terus masuk toilet cuci tangan cuci kaki sebab xde tempayan depan rumah.

    BalasPadam
  5. Klu rumah dulu2 mmg banyak yg ada tempayan utk basuh kaki dan tangan sblum masuk rumah.. itulah antara ketinggian adab org Melayu dulu2. Skrng kebanyakkan rumah ada pili kat depan, tp utk siram pokok atau basuh kereta dan lantai je :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat.Tapi tempayan tulah jadi simbolik jaga kebersihan sebelum masuk rumah.

      Padam
  6. saya tak pernah merasa cuci kaki dan tangan guna tempayan ^^"

    BalasPadam
  7. Rumah nenek PC dulu ada..memang disediakan untuk anak cucu yang datang sebelum masuk rumah cuci kaki tangan dan muka.Itu baba kebersihan tapi cuci tangan cuci kaki lainnya berwrti dapat sesuatu dengan mudah.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama