Menyembunyikan Atau Disembunyikan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

MENYEMBUNYIKAN ATAU DISEMBUNYIKAN

Rasa dan rahsia
Tidak kiralah yang mana
Satu masa tahu juga
Tidak kisahlah seperti apa
Tiba masanya terbongkar semua

Bila masanya
Bila terjadinya
Boleh jadi segera
Boleh jadi perlahan tapi pasti semuanya
Tidak dilisan mulut berbicara
Boleh sahaja dijari yang menyusun kata
Sekarang serba mudah

Bungkam mulut bertahu-tahun lamanya
Dikeraskan hati berabad juga
Ditepis dan diusir semua yang cuba mencungkil rasa
Namun semua ada hadnya untuk terus bertahan
Pecah juga
Terbuka sedikit demi sedikit

Aku kau
Kita cuma manusia biasa
Bertahan selama mana pun boleh kecundang juga
Menyembunyikan atau disembunyikan
Seperti awan menampung wap-wap air
Sampai waktunya turun menjadi hujan

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. pendam lama2 boleh jadi sakit hati..huhu

    BalasPadam
  2. Ya... akhirnya begitulah, kembali kepada fitrah.

    BalasPadam
  3. rahsia diri seboleh-bolehnya sembunyikan dlm hati

    BalasPadam
  4. Ada perkara memang perlu disembunyikan terutama di media sosial agar tidak menjadi fitnah yang memakan diri sendiri.

    BalasPadam
  5. ada perkara yang memang kena rahsia

    BalasPadam
  6. ada perkara yang lebih baik dirahsiakan supaya tak membuka aib sendiri mahupun aib orang lain...

    BalasPadam
  7. Semoga Kita semua tergolong dlm golongan penyimoan rahsia

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama