بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
SETERUSNYA OKTOBER PULA MENJELMA.Alhamdulillah berakhir sudah September untuk tahun ini.Hari ini satu Oktober.Bulan ini bulan kelahiran babah PC.Dulu imam nombor satu PC.Sekarang dah jadi imam nombor dua.Selepas PC bernikah itulah kata-kata babah yang pertama."Sekarang babah bukan lagi imam nombor satu,babah serahkan kepada imam nombor satu yang baharu,suami Jua,jadilah makmum yang paling solehah,paling taat dan paling sabar.Ketika itu dan sampai detik ini pun semuanya masih segar difikiran PC,sebak dan sedihnya masih terasa.Sungguh-sungguh.
Ya Allah,cukup babah dan mama ini untuk aku dunia sampai akhirat.Jangan benarkan mereka memilih anak lain selain aku Ya Allah.
Hari berganti hari,adakala terasa cepatnya waktu berlalu.Ada masa terasa macam mengapa sangat lambat hari berganti.Allahu.Tahun ini tahun mencabar untuk kita semua dan sehingga kini pun kita semua masih perlu menjaga dan berhati-hati.Norma baharu untuk kita semua.
Apa yang kita miliki setakat ini semua dengan izinNYA.Kita masih hidup,masih boleh melakukan banyak aktiviti pun semua atas mahunya DIA.Syukur selalu.Banyakkan dan gandakan rasa bersyukur sehabis baik.Oktober 2020 tidak akan berulang.Nikmati dan isilah setiap kesempatan yang ada sebaik-baiknya.
Sekian
Semua menjadi indah pada waktunya.
Tags:
Santai
hope october ni, kes covid berkurangan.. kan
BalasPadamSemoga Oktober lebih menyinar buat kita semua.
BalasPadamOKTOBER JELANG 2020 BAKAL MENGHILANG NAMUN HIDUP LESTARI SEADANYA
BalasPadamKasih seorang ayah ketika melepaskananak gadisnya kepada imam yang baharu. Sebak rasa. Happy birthday buat Imam nombor 2 PC. Moga babah PC sentiasa sihat wal afiat.
BalasPadamhope kuranglah kes covid ...lama tak blogwalking sini.
BalasPadamharini mood dan keja pun tak overload boleh la jejalan merata ..heheh
Jom singgah wall saya
https://madamcaramel.blogspot.com/2020/10/segmen-subscribe-youtuber-follow.html
2020 ni sangat2 laju rasanya
BalasPadam