بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
TIDAK SEKEPALA UNTUK MENJADI GARIS TENGAH.Dalam keluarga.Bila bersama-sama dengan kawan-kawan.Berjumpa jiran tetangga.Satu hal yang boleh membuat satu perhubungan atau ukhuwah,silaturahim itu bertahan lama adalah sekepala.Klik satu dengan yang lain.Bahasa mudahnya ngam gitulah.Atau ada orang sebut sama-sama kepala masuk air,sama-sama mereng dan biol bahasa kasarnya.Kanan kiri atas bawah boleh layan.Telinga tahan maki,hati dan otak tahan banting tidak mudah koyak rabak.
Untuk menerima perbezaan watak satu dengan yang lain bukan mudah dan tidak mengambil masa yang singkat.Justeru itu ada yang kawannya cuma sedikit tapi bertahun yang ada hingga akhir hayat.
Adakah bila tidak sekepala itu beerti tidak boleh berkawan.Adakah itu bermakna menjadi penentang.Atau mahu hidup sendirian dengan gaya dan caranya tersendiri yang menjadi pilihan.Mungkin juga ada yang mengatakan pilih laluan selamat serta acah-acah suci dan sebagainya.Nanti dulu sebelum panjang lebar mahu menterjemah sikapnya orang lain.Selami.Kenali.Ambil tahu supaya tahu.Fahami bahawa setiap tindakan itu ada alasannya.
Contoh paling mudah dalam keluarga.Ketika bersama-sama adik beradik.Mungkin akan ada salah seorangnya seakan-akan tidak mahu menjadi sekepala dengan yang lain.Lebih senang memerhati dan menunggu.Bukan kerana berasa sudah cukup baik atau sudah sempurna jauh sekali berasakan tidak sama taraf.TIDAK SAMA SEKALI MALAH BERKALI-KALAI.Tapi boleh tak bayangkan bila semuanya sekepala,siapa yang mahu memperbetulkan jika ada yang khilaf.Siapa yang boleh bantu meluruskan andai ada yang bengkok.Siapa yang akan menyejukkan bila yang lain panas.Tidak sekepala tidak bererti tidak boleh akrab.Sesetengah hal tetap sahaja boleh sama sehaluan.Namun bagi sebahagian urusan lainnya perlu cukup sekadar ambil tahu,pandang dan pantau sahaja.
Tidak sekepala untuk menjadi garis tengah itu sebenarnya perlu dengan niat untuk kebaikkan bersama-sama.Memang ianya nampak seperti tidak menyeronokkan malahan sering juga dianggap seperti musuh dalam senyap,tetapi percayalah watak ini sebenarnya berat kerana satu ketika ianya menjadi penjernih pada kekeruhan,penyambung pada yang putus dan mendekatkan bagi yang menjauh.Memilih menjadi neutral dalam satu kumpulan itu berat kerana kelebihan dan kekurangan orang lain mampu menghanyutkan prinsip kita.
Sekian
Semua menjadi indah pada waktunya
Tags:
Santai
Kalau Sis banyak aje yang memang tak sekepala, kadang tu seloroh aje bercakap, tapi family memang dah kenal, so memang faham le perangai Sis... kalau dengan aje kita kena tolak ansur, tak semua benda kita nak sama sekepala kan, tapi dpt yang ngam, memang best...
BalasPadamDapat yang ngam tu rezeki dan nikmat Sis.Kalau tak sekepala tapi boleh terima satu sama lain ok.
PadamBetul tu everyone ada character masing masinh not all can fit tapi jgn ckp benda buruk jela terima or keep quiet je
BalasPadamKan.Lain orang lain perangainya.
PadamTIDAK SEKEPALA TAPI SALING MENGHORMATI ALHAMDULILLAH
BalasPadamItu paling penting kan kak PI.
PadamBoleh jer berkawan walaupun tak sekepala. Janji sama-sama faham, sama saling menghormati dan ikhlas dalam persahabatan.
BalasPadamSetuju.Menerima masing-masing apa adanya.
PadamTakpe tak sekepala pun, janji saling ada bila susah sama-sama. Tak sekepala gaduh sikit-sikit tu macam asam garam kan. Menjadi pelengkap.
BalasPadamWarna warni kehidupan kan.
Padamsekepala atau tak, communication penting dlm sesuatu tu..
BalasPadamTak sekepala itu biasa tapi jangan terlalu perbesar-besarkan sampai boleh bawa gaduh.
BalasPadam