Allah SWT Pilih Mereka Istimewa

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

ALLAH SWT PILIH MEREKA ISTIMEWA.Percaya kepada nabi atau rasul tergolong dalam rukun iman.Jadi jangan mempersendakan para nabi dan para rasul.Jangan rosakkan iman kita yang sedia ada.Jaga elok-elok,pupuk biar bertambah kukuh keimanan kita hingga hujung nyawa.Aamiin.

related image

Nabi dan rasul yang wajib diketahu seramai 25 orang.

❤Nabi Adam(Manusia pertama diciptakan oleh Allah)
❤Nabi Idris(Manusia pertama pandai membaca & menulis)
❤Nabi Nuh(Manusia pertama yang membina bahtera)
❤Nabi Hud(Nabi Allah yang berbangsa Ad')
❤Nabi Saleh(Nabi berbangsa Tsamud & mempunyai mukjizat unta)

❤Nabi Ibrahim(bapa kepada Nabi Ismail AS & Nabi Ishaq AS)
❤Nabi Luth(anak saudara Nabi Ibrahim AS)
❤Nabi Ismail(anak Nabi Ibrahim AS & abang tiri Nabi Ishaq AS)
❤Nabi Ishaq AS(anak Nabi Ibrahim AS & adik tiri Nabi Ismail AS)
❤Nabi Ya'akub AS(anak Nabi Ishaq AS)

❤Nabi Yusuf(anak Nabi Ya'akub AS)
❤Nabi Ayyub AS(bapa Nabi Zulkifli AS)
❤Nabi Zulkifli AS(anak Nabi Ayyub AS)
❤Nabi Syu'aib AS(bapa mertua Nabi Musa AS)
❤Nabi Yunus AS(Nabi yang ditelan ikan 'Nun(paus)

❤Nabi Musa(saudara Nabi Harun AS & menantu Nabi Syu'aib AS)
❤Nabi Harun AS(saudara Nabi Musa AS)
❤Nabi Daud AS(bapa Nabi Sulaiman AS)
❤Nabi Sulaiman(anak Nabi Daud AS)
❤Nabi Ilyas AS(Pendahulu Nabi Ilyasa' As)

❤Nabi Ilyasa’ AS(penerus dakwah Nabi Ilyas AS)
❤Nabi Zakaria AS(bapa Nabi Yahya AS)
❤Nabi Yahya AS(anak Nabi Zakaria AS & duapupu kepada Nabi Isa AS)
❤Nabi Isa(Anak Siti Maryam & duapupu Nabi Yahya AS)
❤Nabi Muhammad SAW (Penghulu segala Nabi & Rasul,keturunan Nabi Ismail AS,juga sebagai Nabi & Rasul Allah terakhir diutuskan Allah ke muka bumi)

Dan,ada lima orang Nabi Allah beri gelaran Ulul Azmi.Kenapa?.Gelaran ini  diberikan kepada para nabi yang memiliki kedudukan tinggi/istimewa kerana ketabahan dan kesabaran yang luar biasa, dalam menyebarkan agama Islam (Tauhid al-Islami)

❤Nabi Nuh ❤Nabi Ibrahim ❤Nabi Musa ❤Nabi Isa ❤Nabi Muhammad SAW

Sebelum beriman kepada nabi dan rasul terlebih dahulu percaya kepada kitab.Sebelum Al Quran telah terlebih dahulu Allah SWT menurunkan tiga kitab kepada tiga orang Nabi iaitu Taurat diturunkan kepada Nabi Musa,Zabur diturunkan kepada Nabi Daud AS dan Injil diturunkan kepada Nabi Isa AS kemudian penutup kepada segala kitab,ajaran dan menjadi jawapan pada setiap apa yang dipersoalkan adalah Al Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW di mana kesemuanya adalah wahyu yang disampaikan melalui Malaikat Jibril.Sebagai orang Islam percaya bahawa Allah telah menurunkan kitab-kitab kepada para nabi dan rasul untuk membimbing manusia ke jalan yang benar.Yakinlah Al-Quran menyempurnakan segala kitab-kitab yang terdahulu.

Taurat diturunkan kepada Nabi Musa AS
Zabur diturunkan kepada Nabi Daud AS
Injil diturunkan kepada Nabi Isa AS
Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW

Sekian.
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Selamat menyambut Maulidurrasul, PC. Thanks for the tazkirah...

    BalasPadam
  2. suka baca kisah kisah nabi ni, walau dah tau ..tapi tak pernah jemu nak dgr byk kali

    BalasPadam
  3. datang blog akak mesti banyak selit nasihat2 berunsur agama, bagusnya
    semoga ada pahala buat akak yg selalu share benda2 baik dan pembaca dapat manfaatnya :D

    BalasPadam
  4. Bermanfaat betul post PC ni ����

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama