بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
JANGAN BERSEDIH.Bila melihat orang lain boleh bantu atau lakukan suatu hal lebih berbanding kita boleh melakukannya,jangan risau dan jangan sedih.Bila dengar nama orang disebut-sebut kerana dapat menggembirakan atau memudahkan urusan orang lain dengan lebih baik dan lebih berkualiti pun janganlah jauh hati atau sedih.Sebenarnya bohonglah kalau tidak timbul apa-apa perasaan atau rasakan.Normallah kita manusia biasa yang sangat lembut dan halus jiwanya.
Jangan bersedih.Dan jangan terus bandingkan diri sendiri dengan orang lain.Mungkin Allah beri dia kemudahan di situ.Boleh jadi Allah beri kita kemudahan di sini.Allah beri kekmampuan setiap orang tidak sama.Ada perbezaannya yang cuma kita tidak ketahui kerana yang kita lihat cuma dari luarannya sahaja.Apa yang kita dengar yang manis-manis juga sahajakan.
Apa sahaja kebaikkan yang kita dan sesiapa pun buat ada sahaja ganjarannya daripada Allah SWT.Percayalah.Walau kecil dan sedikit tapi kalau berterusan lakukan kerana Allah dengan rasa rendah hati inshaAllah tidak mustahil ianya lebih menguntungkan kita kelak.Aamiin.
Sekian.
Tags:
Motivasi
Susah kan bila buat baik, tak semua orang suka PC, ni yang SA alami...
BalasPadamSedari zaman Nabi Muhammad SAW lagi hingga kini, tidak semua orang suka akan perkara kebaikkan sebenarnya. Itu yang sangat menyedihkan.
Padamstuju tu..walaupun kecil kebaikkan yg dilakukan pasti ada ganjaran..janji ikhlas
BalasPadamSelagi niatkan kerana Allah.
PadamBetul tu PC.. bagi Kak Sue kita buat baik aja pada semua orang dan InsyaAllah akan datang yang baik-baik juga pada kita. Tapi.. seandainya, kita dah berbuat baik tapi masih ada perkara tak baik datang pada kita.. anggaplah satu ujian yang pasti ada hikmahnya..
BalasPadamJanji niat kita kerana Allah kan Kak Sue selebihnya tawakkal.
PadamSetuju..Allah tahu segalanya
BalasPadamSangat betul.
PadamBersedih tu fitrah, cuma jgn terlampau hanyut dlm kesedihan.
BalasPadamAla kadar dan sewajarnya sahaja ya.
Padamkita kena belajar sayang diri kita dulu baru kita akan pandang semua positive dan tak bersedih kan
BalasPadamBetul.Lama lama nanti fikiran dan perasaan condongnya pada arah yang sangat positif.
PadamKalau orang pandang pada kualiti dan kuantiti memang bantuan kita kadang sepertinya tidak ada apa-apa makna langsung, tapi Allah tidak begitu kan.
BalasPadamIkhlas, melakukan sesuatu tanpa mengharap sebarang balasan. Kembalikan kepada-Nya, mohon redha-Nya.
BalasPadamSetuju dengan komen Amie kat atas.
BalasPadamBanyak benda untuk bersedih. tapi kalau di ikutkan rasa sedih, sedih tu takkan pernah hilang. Happykan orang salah satu perkara yang boleh hilangkan kesedihan.
BalasPadamteruslah melakukan kebaikan kerana kita tidak tahu kebaikan mana yang bakal membawa kita ke syurga
BalasPadamKadang2 tak bolwh elak, rasa nak banding2 diri.. haih
BalasPadamCik TK pun penah rasa kecik hati macam ni.. tapi ikhlaskan saja. Sebabnya Cik TK fikir, kita tolong orang untuk pahala, bukan untuk disebut-sebut.
BalasPadamTahu, sepatutnya kita tak boleh bandingkan diri kita dengan orang lain. Walaupun tahu, kadang2 akan terbandingkan juga. Kenapa dia lebih, kenapa aku kurang? Macam tu. Tapi bila difikir-fikirkan balik, semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, rezeki masing-masing. Jadi yang penting kita berusaha dan tawakkal kepadaNya.
BalasPadam