Jangan Sentiasa Sehaluan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

JANGAN SENTIASA SEHALUAN.Sesekali sangat perlu bercanggah pendapat atau tidak sehaluan pemikiran juga tindakkan.Peribadi bagi PC ianya satu tindakkan yang mesti diterapkan dan mesti diwujudkan serta dilakukan.MESTI ya.Dah kenapa kau PC.Orang kalau boleh biar sehaluan.Biar sependapat.Biar lancar semuanya.Tidak timbul isu dan perselisihan faham.Bukan mudah mahu mencari titik persefahaman.

Aneh.

Bunyinya memang aneh.

Sebenarnya.

Jangan sentiasa sehaluan.Baik ibu bapa,pasangan suami isteri,adik-beradi,anak-anak,kawan dan sahabat serta masyarakat juga.Pernah bila semua sehaluan apa yang akan terjadi.Apa kesan yang dirasai dan apa kesudahan hidup ini.Kerana tidak mahu sehaluan itulah Allah SWT memilih Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin ummat di dunia.meneger.Memoperbetulkan.Menjelaskan.Melalui dakwah baginda baik secara tersembunyi dan dakwah baginda secara terang-terangan.Nampak tak.Tidak sehaluan untuk memperbetulkan akidah.

Boleh bayangkan kalau ibu bapa,suami isteri,keluarga,sahabat serta semua orang sehaluan,siapa yang mahu menegur kalau ada yang buat silap,siapa yang nak perbetulkan kalau ada yang sudah jauh tergelincir dan terjerumus.Bila semua sehaluan pendapat dan tindakkan masalah akan terus menjadi-jadi.Yang berada dalam kegelapan terus berada dalam kancah yang gelita.

Ya,jangan selalu sehaluan supaya saling mengingatkan.Ada yang menegah,ada yang menasihati ada yang selalu bertindak tegas sesuai pada situasinya.Niatnya sama-sama mahu ke syurga.Sama-sama mahu lebih perbaiki diri dan sama-sama mahu menjadi insan yang jernih hati serta fikirankan.

Pada perkara yang baik silakan sehaluan.Pada perkara yang tidak baik jangan sehaluan sebaliknya jadilah penyelamat dan benteng supaya apa yang tidak sepatutnya dibanteras dengan baik dan mudah.Hidup ini seperti bermain layang-layang.Ada ketika perlu hulur tali atau benangnya,ada masa perlu ditarik tali atau benangnya.Biar dibenci andai memilih tidak sehaluan daripada menjadi teman dalam bahan bakaran yang bukan calang-calang.Danmengapa tidak seperti menarik tepung dalam tepung,rambut tidak putus tepung pula tidak berselerak.

Sekian.

Semua menjadi indah pada waktunya.


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Kadang kala perlukan perbezaan barulah lengkapkan 😅

    BalasPadam
  2. ok ok got your idea, PC.
    kita ni saling melengkapi, kan.
    like suami isteri. mesti ada x sama.
    then only boleh perbaiki each other.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama