Menyampaikan Dengan Cara Sendiri

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

MENYAMPAIKAN DENGAN CARA SENDIRI.Bakat semulajadi sedia ada.Bakat yang memang benar-benar diasah,dilatih dan diacuankan.Bercakap untuk menyampaikan atau mengajar akan sesuatu hingga boleh menarik perhatian orang lain itu perlu teknik.Ada yang mengikuti kelas mendalami teknik ada yang memang Allah SWT beri keistimewaan itu.Bukan dalam bercakap ketika menyampaikan sesuatu sahaja sebenarnya.Bawaan diri seseorang itu juga ada yang sangat mudah diterima dan ada yang sukar diterima orang lain.

Lain orang lain keperibadiannya.Berbeza bawaannya.Setiap orang ada pakej masing-masing yang Allah SWT eri dan pinjamkan.kadang cuma keluar sepatah perkataan daripada mulutnya pun sudah boleh buat orang senang hati.Sedang yang berjela-jela sembangnya orang menjauhkan diri.Bila keperibadian orang berbeza,bererti penerimaan orang juga tidak sama.

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.Bila kita lihat seseorang itu lakukan ini menjadi,jangan kita lakukan hal yang sama tapi cari kekuatan lain yang ada dalam diri.Contohi boleh tapi yang tiru.Contoh dan tiru macam samakan tapi lain.Mana mungkin kita boleh tiru sama semuanya kerana kita bukan dia dan dia bukan kita.Kalau tiru pun kita tidak boleh mampu untuk bertahan kerana kita tidak menjadi diri sendiri juga.Tertekan jadinya.

Apa sahaja yang mahu kita sampaikan,sampaikan dengan cara sendiri.Tidak mengapalah kalau ada orang anggap ianya biasa-biasa dan sangat sederhana.Kerana tidak semua orang suka berlebihan.Begitu juga kalau kita suka menyampaikan secara berlebihan.Abaikan bila orang cakap kita keterlaluan kerana masih ramai yang sangat suka pada banyak perkara secara mendalam.Nikmati personaliti dengan kerendahan hati.Kalau kita bawa diri dan sampaikan sesutu dari hati juga kerana Allah SWT insyaAllah semuanya lancar.Moga setiap apa yang disampaikan matlamatnya tercapai hingga membentuk satu pasukan yang beraura positif.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Yang baik kita ambil, yang tak baik kita senyum je 😁

    BalasPadam
  2. guna cara sendiri cari identity sendiri.. penyampaian kena pada adab dan gayanya baru orang tengok / baca pun rasa seronok =)

    BalasPadam
  3. cara sendiri yang tidak mengguris mana mana pihak , dan dapat deliver dengn baik

    BalasPadam
  4. betul, kena sampaikan mengikut kesesuaian penerimaan...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama