Tewasnya Manusia

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

TEWASNYA MANUSIA.Nafsu tidak semuanya mendorong manusia lakukan perkara tidak baik.Ada juga nafsu yang menolak manusia menjadi lebih baik setiap hari.Jadi bila sebut nafsu jangan beranggapan semuanya yang hitam-hitam sahaja.Ada juga sisi putihnya.Tewasnya manusia daripada suatu yang kurang baik kepada kebaikkan.Tewasnya manusia terjerumus terus dalam keburukkan.Kedua-duanya boleh berlaku.

Banyak faktor juga mempengaruhi tewasnya seorang manusia itu.Tidak kira usia,pekerjaan,jantina dan agama juga sebenarnya,kerana tewas ini berlaku atas mahunya diri sendiri atau pengaruh sekeliling.Harta,kedudukan dan wanita sering menjadi alasan kukuh tewasnya manusia di dunia ini.

Paling sering dilihat,dialami dan berlaku di mana-mana sahaja adalah tewasnya manusia kerana harta iaitu harta pusaka dan menjaga atau merawat orang tua itu ibu bapa kita.Isu ini sering berulang-ulang seperti tiada noktahnya sedangkan ada cara terbaik dan jalan penyelesaiannya.Ada.Cuma mungkin ada yang kurang cakna akan hal atau isu-isu seperti ini.PC sendiri bila dengar dan melihat hal seperti ini takut dan risau sendiri.Takut terjadi pada diri sendiri.Risau PC menjadi salah seorang manusia yang tewas.Allahu.Tentunya azab Allah SWT yang menanti kelak.Moga PC diberi kesempatan bertaubat.Aamiin.

related image

Tidak semua manusia tamak dan lupa.Tidak juga semua manusia itu rakus dengan indah dan nikmatnya dunia.Ada sahaja yang mampu mengemudi akal agar sentiasa waras kerika membuat pertimbangan.Bijak mengemudi hati yang bernafsu ke landasan seperti apa yang DIA mahu dan restu.Ada,bukan tidak ada namun tewasnya manusia itu lebih jumlahnya berbanding yang menang dan berjaya.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya  

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

12 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. kebanyakkan yang saya jumpa, berbalah pasal harta pusaka.... sangat menghantui benda ini PC.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lazimnya begitu. dan sudah seperti tidak boleh dipisahkan dengan kita.

      Padam
  2. dugaan hidup selalu menewaskan kita tanpa sedar

    BalasPadam
  3. tewas tanpa sedar. terutama harta dan wang ringgit

    BalasPadam
  4. Selalunya kita tewas dengan nafsu, tak kira lah dari segi apa.. ikutkan rasa, yang akhirnya membawa penyesalan..

    BalasPadam
  5. Mudah-mudahan saya tidak tergolong dalam manusia yang tewas itu. Aminnn

    BalasPadam
  6. betul tu pc, selalu juga dengar tentang anak2 yang berebut harta pusaka..moga kita dijauhi dari yang macam tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kadang masa ibu ayah ada ok sahaja tapi berubah bila ibu ayah dah tak ada. Ini hakikatnya.

      Padam
Terbaru Lebih lama