بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
ADA PEMBARIS LURUS ADA PEMBARIS LENGKUNG. Kau ni lurus macam pembarislah. Kalau dulu lurus bendul. Sekarang lurus macam pembaris. Eh, jangan lupa ada juga pembaris lengkung. Tak semua pembaris lurus ya, harap maklum. Begitulah andaian atau perumpamaan membayangkan perangai orang sekitar kita. Ada orang boleh beza dan faham mana kata-kata yang serius betul betul serius. Ada orang cepat tangkap mana kata-kata yang nampak je serius walhal tidak begitu maksudnya. Semua berbalik pada situasilah. Tengok isu semasa ketika itu.
Bulat disampaikan maka bulat diterima dan ditelan. Ada yang diberi bulat tiba pada dia dihenyak sampai lonjong. Fuh dahsyat. Begitulah sikap dan penerimaan manusia yang kadang luar kotak pemikiran dan luar kewarasan juga. Kalau tidak merapu ok lagilah kalau sebaliknya masalah juga pada orang lain dan pada diri sendiri. Itu yang tidak bagus.
Ada pembaris luru ada pembaris lengkung. Dua-dua ada peranannya. Ada keperluan dan penawaran serta permintaannya. Begitu juga kita manusia. Lebih banyak perangai yang ditunjukkan lebih berwarna hidup. Lebih manusia satu sama lain boleh belajar dan saling menghargai satu dengan yang lain juga. Saling menambah kekurangan. Dan saling menikmati kelebihan. Daripada lurus dan lengkungnya itu tentu sahaja ada ilmu yang boleh dipelajari. Ada sesuatu yang boleh jadi amaran keras juga.
Hidup ini ada masa boleh jadi pembaris lurus. Tapi ada masanya jadilah pembaris lengkung. Jangan ikut rentak sendiri semata-mata. Takut lurus tak bertempat, lengkung tidak ikut waktu. Seimbang dan sederhanalah.
Sekian.
Tinta PC
Ada Pembaris Lurus Ada Pembaris Lengkung
Tags:
Santai
kat FB selalu nampak komen2 pembaris dan acah2 pembaris ni...
BalasPadamPembaris lengkung yang untuk menjahit tu kan?
BalasPadamUncle pun ada... tapi nama dia 'French Curve'... Tapi lama dah tak guna sejak komputer mengganti tugas melukis....
setuju dengan entri PC
BalasPadamdalam kehidupan hendaklah mewarnai..
betul ni
BalasPadamHahaha.. selalu terfikir pasal ini..
BalasPadamLurus macam pembaris tapi pembaris pun banyak bentuk sebenarnya.. Bukan lurus semata.. hehehe