Bahagia Mengenang Kenangan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BAHAGIA MENGENANG KENANGAN |Bahagia atau sengsara.Manis atau pahit.Atau mungkin ditengah-tengahnya.Tidak bahagia tidak sengsara.Tidak manis tidak juga pahit.Bagaiamana.Tidak jelas.Cuma diri sendiri masing-masing yang tahu dan rasa.

Setiap sesutu itu telah berlaku tidak kiralah baharu berlaku atau telah lama berlaku,ianya tetap menjadi sejarah.Tercatat menjadi satu kenangan yang terkumpul menjadi banyaknya kenangan sepanjang kehidupan.Kenangan itu tidak semestiny juga yang hanya terjadi pada diri kita sendiri,boleh jadi apa yang berlaku pada insan-insan disekeliling kita juga menjadi kenangan untuk kita.

Kalau mahu kenang,kenanglah semua kenangan indahnya sahaja.Kalau mahu diingat,ingatlah apa yang baik-aik dan manis belaka semuanya sahaja.Hakikatnya tidak begitu,kenangan tetap kenangan,pahit atau sengsara bila kita lalui mana mungkin dapat dibuang dengan mudah.Cuma apa yang boleh dilakukan adalah kita pilih untuk selalu diingat atau mahu melupakan.

Mungkin sesetengan orang tidak suka mengenang kenangan.Ada orang hidup dengan sebanyak-banyaknya kenangan dan mampu bangkit terus berlari dan menggapai sesuatu kerana kenangan itu menjadi motivasinya.Justeru tidak semua kenangan pahit itu memburuk atau membinasakan juga.Mungkin manis hari ini kerana pahitnya kenangan terdahulu.Siapa tahu.

Dirasai,dibayangi,dihargai dan disyukurilah pada setiap kenangan yang telah terjadi atau tercatat.Pupuk rasa bahagia mengenang kenangan kerana barangkali daripada setiap cebis kenangan itu ianya menjadikan kita lebih sabar,tabah,bersemangat dan redha.Walau cuma tinggal kenangan,tetapi ianya sangat melimpah dengan cerita  yang tidak mampu dijual beli.

Sekian

Semua akan indah pada waktunya 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. kenangan, pahit atau manis, itu lah yang menjadikan sebahagian diri kita pada hari ini...

    BalasPadam
  2. Ha! Link dah hidup balik... hari tu hilang lagi... hehe

    BalasPadam
  3. pahit dan manis tetap menjadi kenangan yg selalu dikenang..yg manis mnggembirakan..yg pahit mendukakan..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama