Di Hadapan Mata

DI HADAPAN MATA
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt


DI HADAPAN MATA | Mencari,mahu lebih,nak lebih baik..bukan satu hal yang salah pun.Asal caranya betul.Tidak langkau hukum dan tidak juga menjadikan kita kufur.Asal sentiasa rendah hati dan bersyukur dengan apa yang kita ada..itu sudah cukup baik.

Di hadapan mata.

Hargai.Bukan mudah kerana rasa tidak puas itu sentiasa bercambah pada diri manusia.Nak lagi..lagi dan lagi.Asal yang di hadapan mata itu terlebih dahulu dihargai..silakan untuk tambah dan perbaiki rezeki yang dimiliki.Usahakan..lebihnya DIA bakal tentukan.Kalau belum rezeki..maka pasti berhikmah.Andai telah tiba detiknya pasti itu yang terbaik untuk kita.امین.

Sering di hadapan mata itu terkadang menjadi asbab berasa bosan.Kononnya mengadap suatu yang sama sentiasa.Maka timbullah rasa kurang senang..rasa tawar serta hambar hingga yang terlihat dan mencari khilaf semata.Harus di ingat..yang didamba jauh daripada pandangan mata itu belum tentunya juga itu yang terbaik dan menyenangkan kita nantinya.

Kecil tidak tentu lagi bukan apa-apa.Besar belum tentu mewah makna.Sebenarnya bagaimana kita menilai di hadapan mata.Jangan amalkan kuman seberang lautan kelihatan..sedangkan gajah di gadapan mata buat-buat tidak bampak..kesian..menzalimi tu namanya.

Kebaikkan atau keburukkan ada pada setiap manusia.Cuma dominannya di bahagian mana sahaja.Pada kebaikkankah..atau pada keburukkankah.Di suatu sudut mungkin yang terlihat buruknya kerana itu yang digariskan bawahnya.Walhal jika mahu boleh sahaja terangkan dan fokus pada baiknya juga.Di hadapan mata terlihat pelbagai hal..bermacam karenah.Pilihlah dengan berhati-hati agar tidak fitnah yang diambil dan kebenaran yang disisih.

Sekian

Sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Apa sahaja yang kita ada, kita hargai. Bukan mencari lebih baik, tetapi bersama-sama perbaiki diri ke tahap lebih baik :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama