Diberi Rasa

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

DIBERI RASA 

Sihat sakit
Ketawa menangis
Senang susah
Banyak kecukupan
Bersilih ganti
Semua sebenarnya ada
Kepada sesiapa sahaja
Sebabnya barangkali yang berbeza

Diberi rasa
Allah swt beri rasa
Kita setiap hambaNYA
Setiap makhluknya
Cara dan bahagian masing-masing
Berasakan apa selayaknya dirasa
Menanggung apa sewajarnya ditanggung
Ada
Semua ada bahagiannya

Hari ini cuma melihat
Esok mugkin kita berasakannya
Atau mungkin nanti bertahun-tahun lamanya
Buka suka-suka diberi rasa
Unutk lebih memahami
Supaya lebih mendasari lagi dan lagi

Diberi rasa
Berasa seperti yang orang lain sedang rasakan
Mengutip pengalaman juga
Agar tidak berkesimpulan yang aneh-aneh pula

Boleh sahaja dahulu tidak menghargai
Tidak memahami
Tidak menyantuni 
Apa yang dirasa dan disampaikan
Nah
Kini Allah swt beri rasa
Diberi rasa

Owh perit dan beratnya begini
Sesak dan sukarnya begitu

Sekian.

Sama-sama mencari redha Allah swt

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama