Hakikat Dari Zaman Berbeza

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

HAKIKAT DARI ZAMAN BERBEZA

Dulu kita entah di mana. Tidak tahu apa pun bentuknya. Tidak tahu bakal lahir atau sebaliknya, sedangkan datuk nenk kita sudah dahulu menempuh ranjau kehidupan. Telah dulu berkeringat setiap hari. Terlebih dahulu mengutip bermacam pengalaman pahit dan sedih. Terkadang kemarau dalam hidupnya lebih panjang berbanding melihat pelangi senja.

Hakikat dari zaman berbeza yang kita tidak tahu bagaimana dan apakah kisahnya. Apa yang ditempuhi. Apa yang diperjuangkan dan apa yang dirasai. Ada yang tidak berpeluang menjejakkan kaki ke sekolah pun. Tidak mengenal huruf dan angka. jauh sekali mampu untuk membaca jawi mahupun rumi. Bukan nasib tapi condongnya kepada rezeki.

Namun mereka generasi dulu yang hebat dengan izin Tuhan. Tidak berpendidikan namun bijak mendidik anak-anaknya. Berapa ramai anak-anak mereka yang dianggap tidak berjaya menjadi manusia berjaya dan berguna kepada agama bangsa dan negara. Berbakti kembali kepada kedua ibu bapanya.

Kalau datuk dan nenek kita banyak kurangnya daripada sudut pandang sesama manusia yang menilai hebatnya orang lantaran disebabkan berpendidikan, tetap masih kurang manis untuk tegar berpendirian begitu.

Hakikat Dari Zaman Berbeza
Hakikat Dari Zaman Berbeza
Google image

Ya barangkali pemikiran mereka kuno atau lapuk, namun mereka mewah dengan pengalaman dan sudut pandang serta fikiran yang sentiasa sealiran dengan hukum Tuhan. Kadang sebahagian besar perkara itu yang dianggap ketinggalan sebenarnya bukan ketinggalan zaman tetapi kita anak zaman sekarang yang menutup minda dan hati untuk menerima hakikat dari zaman berbeza.

Sekian.

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. itu la.. perbezaan zaman mcm beza punya masyarat buat ajaran ni

    BalasPadam
  2. setuju dengan kata2 PC. org dulu walau kebanyakan kurang perdidikan, tapi adab dan tatacara mereka tinggi nilainya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Kak Ana. Sokong. Setuju sangat. kadang segelinti ada yang sangat berilmu namun menghampakan tingkahlakunya.

      Padam
Terbaru Lebih lama