Ada Tahapnya Tiada Sempadannya

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

ADA TAHAPNYA TIADA SEMPADANNYA |Berperingkat atau bertahap namun tidak bersempadan.Maksudnya?..Adabtasi bermula daripada diri masing-masing.Cara setiap orang mengemudi mental dan emosi tidak sama.A mengawal emosi dengan B mengawal emosi berlainan cara atau kaedahnya.Ada orang bila bercelaru..keluar rumah sejam dua semua kembali normal.Ada orang lari daripada rumah bertahun-tahun tak balik pun tetap masih tidak stabil lagi.Contoh sahaja ya.

Sabar.Nak sebut sabar senang.Cakap dengan orang suruh sabar pun lagilah senang.Nak sabarkan diri sendiri bukan main susah.Sabar itu indah.Kesabaran seseorang itu ada tahapnya.Kenapa PC cakap ada tahapnya walau tiada sempadannya,kerana sangat ramai orang yang sabar..sabar..sabar dan sabar hingga tiba dikemuncaknya jika terus diprovokasi baru dia marah.Justeru bila melihat orang sedang marah boleh jadi telah melepasi banyak peringkat dia bersabar..kecuali memang dia yang jenis pemarah.Cepat marah cepat sejuk ok lagi.Cepat marah susah sejuk itu bahaya.Mahu terbang sudip.

Doa.Mintalah dengan Allah swt melalui kaedah doa.Setiap hari.Rajin jangan putus asa.Ya,berdoa pun jangan  putus asa.Jangan jemu.Minta terus kalau berdoa pun tak bersungguh bila dah dapat agak-agak bersungguh tak hargai.Doa pun ada tahapnya,masa kita kecil doa kita lain,remaja lain,dewasa berubah lagi apatah lagi bila dan semakin tua ni..lagilah jauh ketara doanya.Takkanlah dah tua doa supaya mak ayah kita lembut hati belikan maianan kan..

Kemampuan.Latar belakang kehidupan yang berbeza membuatkan cara dan gaya hidup kita satu sama lain berbeza tahapnya.Boleh nak ikut-ikut tapi sekadar mana mampu dan boleh bertahan tidak menjadi diri sendiri.Menyusahkan diri sendiri dan silap-silap menyusahkan orang lain juga nanti akhirnya.Tidak salah pun nikmati cara dan gaya hidup masing-masing selagi tidak langkau syariat walau tiada sempadan tapi tetap sentiasa tenteram.

Ada tahapnya tiada sempadannya,begitulah rutin menjalani episod kehidupan seharian.

Sekian.


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. BERDOA SELALU MOHON KEBAIKAN DAN AMPUNAN

    BalasPadam
  2. Buat apa kita kena selalu ingat tetap ada sempadan...kecuali untuk amal kebaikan lah kan PC..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama