بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
AWAN MASIH SARAT. Sehingga detik ini hujan masih lagi turun berterusan walau renyai-renyai sahaja. Sesekali kedengaran dentuman guruh. Cahaya kilat pun masuk ke dalam rumah kilas bayangnya. Gerun. Itu belum hujan lebat bersatu dengan angin yang sangat kencang. Allahu. Hujan ini rezeki dan nikmat mewah keberkatan juga. Aamiin.
Mentari masih malu-malu mahu menampakkan diri. Awan masih sarat dengan takungan wap airnya. Masih sarat dengan tugas seperti yang Allah SWT arah dan aturkan untuk turun membasahi bumi hadirnya berupa titisan hujan. MasyaAllah. Tentunya saat ini masih ramai yang hati dan fikiran sarat juga dengan rasa bimbang dan sedih.
Semua datang dalam satu masa. Untuk kita hamba terima dengan selapang-lapangnya dada dan fikiran. Berat ya. Sukar ya. Menjadi satu tekanan juga ya. namun balik lagi semua ada hikmah dan manisnya. Semua atas izinNYA juga untuk menjawab setiap doa-doa hamba yang mahu menjadi lebih sabar, redha dan tawakkal.
Hujan yang masih berterusan. Ada tempat banjirnya sudah surut dan berakhir, ada sesetengah kawasan masih lagi menghadapi situasi banjir yang tidak seperti biasa. Allahu.PKP yang bermula hari ini, dalam situasi cuaca dan situasi banjir, moga Allah sentiasa kuatkan hati kita semua untuk terus bersangka baik padaNYA.
Awan masih sarat. Kita juga saratkan rasa dengan sentiasa ingat DIA.Jaga diri. Jaga kesihatan. Celik sekeliling dan terus berdoa serta mendoakan.
Awan Masih Sarat |
Sekian, awan masih sarat.
Tags:
Santai
Stay safe PC <3
BalasPadamAamiin. Sama-samalah kita menjaga.
Padamsatu demi satu ujian yang hadir, pasti akan ada hikmahnya , kita hanya mampu redha dan berusaha sedaya yang mampu mengatasi selebihnya kembalikan kepada kuasaMu, Tuhan. Semoga PC sekeluarga sentiasa di dalam perlindungan Allah swt, aamiin
BalasPadamBetul kak. Satu persatu bertali arus. Moga kita terus sabar dan terus juga berjaga-jaga dan mendoakan.
PadamDekat rumah aril pun selalu hujan ni. Hujan selalu tak menentu, kena sediakan payung sblum hujan gituuu. Heheh. Aril singgah ye :)
BalasPadamMusim hujan menyeluruh ni kan. Jaga diri di mana sahaja berada kita semua.
PadamUjian yang datang. Harap kita semua dapat jalani tanpa masalah.
BalasPadamAamiin. Terus kuat semangat dan jangan berhenti berdoa.
PadamAWAN MENGENDONG RAHMAT NYA TERLALU BANYAK UNTUK HAMBA
BalasPadammoga kita terus bersyukur
Padamkesian kepada yg mangsa mangsa banjir :(
BalasPadam