بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
BELAJAR LEBIH SABAR
Tapak kaki tertusuk duri
Bila jalan kaki diseret
Menu apa kalian hari ini
Boleh tak PC minta sikit
Boleh tak PC minta sikit
Cuma mahu menjamah sahaja
Pedasnya kata-kata memang sakit
Jangan simpan abaikan saja
Jangan simpan abaikan saja
Kalau tidak kita yang merana
Serahkan pada DIA yang ESA
Baik buruk ada balasannya
Baik buruk ada balasannya
Usah bimbang serabut fikiran
Sabarkan hati tawakkal juga
Jangan kita melebihi Tuhan
Jangan kita melebihi Tuhan
Kita ini tetap hambaNYA
Syukuri apa yang diberikan
Hidup sederhana mewah keredhaan
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
belajar lebih sabar
Tags:
Pantun
Kak Sue pun masih melatih diri supaya selalu bersabar..
BalasPadamsabar pasrah n reda
BalasPadamorg ckp sy ni penyabar, pdhl sy kuat marah
BalasPadam