Jangan Hanya Bila Ada Mahunya

JANGAN HANYA BILA ADA MAHUNYA
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt


JANGAN HANYA BILA ADA MAHUNYA | Lain macam itu boleh dikesan dan terkesan serta mendatangkan kesan.Selalu.Sesekali.Kadang-kadang.Ada bezakan.Begitu jugalah dengan tingkah atau ragamnya manusia.TIDAK semua yang tiba-tiba berbuat baik dengan kita itu berniat sesuatu.Dan TIDAK semua juga yang sentiasa buat baik pada kita TIADA NIAT YANG SESUATU.Bagi PC,segalanya mungkin untuk berlaku.

Jangan hanya bila ada mahunya.

Putih,jernih,tulus,lurus itu limited edition.Ada.Kalau jumpa itulah rezeki.Jika sebaliknya dan sering bertemu dengan manusia yang hitam,keruh,kelabu,bengkok itu tanda Allah SWT mahu kita belajar sesuatu untuk lebih mengenal.Lebih mengenal pelbagai ragam manusia yang luar jangka kita.Secara tak langsung ianya membolehkan kita cermin dan perbaiki diri sendiri juga.Mungkin ia juga salah satu asbab gugurnya dosa angkara khilaf yang pernah kita lakukan.Fikir positif dakam masa sama berjaga-jaga.

Berbuat baik tiada tarikh luputnya sehinggalah nyawa diambil.Berbanding melakukan sesuatu yang kurang baik,sila letakkan hadnya.Berbanding dahulu,rasanya sekarang sangat-sangat banyak ilmu-ilmu yang boleh di akses.Asal ilmu yang benar dan sangat sahih.Jangan hanya bila ada mahunya muncul kemudian entah ke mana.Ambil tahulah hingga khatam supaya tidak seperti ibu ketam mengajarkan anaknya berjalan lurus.

Jangan ingat Allah SWT diketika ujian melanda..diwaktu berduka lara..disaat-saat genting sahaja.Jaga DIA,DIA JAGA kita inshaAllah.Letakkan DIA yang utama pertama,nanti mudah kita temui jalannya.Jangan ingat saudara mara sewaktu memerlukan bantuan semata.Setiap detik jagalah hubungan baik dengan Allah SWT..dengan sesama saudara mara.Tidak semestinya sentiasa berkunjung ke rumah saudara mara..bertanya khabar melalui teknologi yang ada pun tiada salahnya.Jangan ingat dan mencari saudara mara bila mahu menjual apa yang diniaga..mahu menambah pendapatan berganda.Itu semua sampingan sahaja.

Sekian.



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Waalaikumussalam. terima kasih atas ingatan bersama

    BalasPadam
  2. Diuji dengan kesenangan itu lebih menakutkan sebab takut senang itu buat kita lupa pada Allah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama