Menyesal Pun Tidak Berguna

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

MENYESAL PUN TIDAK BERGUNA.Penyesalan.Rasa menyesal.Perlu jelas pada perkara apa dan kenapa perlu menyesali.Kalau perkara itu tidak baik atau salah,jangan menyesal kalau tidak lakukan atau tidak mencuba dan tidak terikut hasutan serta pujuk rayu.Perkara salahkan,jadi jangan menyesallah tak lakukan sebaliknya bersyukur bererti Allah masih mahu tolong selamatkan kita. 

Menyesal Pun Tidak Berguna
Menyesal Pun Tidak Berguna
Hal paling bahaya bila kita sangat senang hati,selesa dan bahagia bila lakukan perkara yang jelas dan sedia maklum itu memang satu kesalahan atau tidak dibolehkan.Tahu salah tapi santai je.Tahu tidak betul tapi tenang je.Tahu Allah tak suka tak redha eh lalalala je.Ya Allah.Takut.PC sendiri ingatkan diri sendiri.Kau buat kau tanggung PC.Lagi bila kau tahu tapi kau buat juga memang mencabar dan mencari padah.Baik PC menyesal di dunia daripada menyesal di akhirat.Terlambat.

Jangan risau ya,menyesal pun tidak berguna itu laku di akhirat.Selagi Allah SWT izin kita hidup di dunia ini lagi ambil la kesempatan menyesali setiap kesalahan dan dosa yang pernah dan telah kita lakukan.Ya,dosa tidak mudah untuk dipadam tidak semudah kita salah tulis ambil pemadam padam sampai bersih..silap taip terus delete atau backspace.Namun begitu Allah memberi solusi dengan perbanyakkan bertaubat kepadaNYA kan.Jadi mengapa tidak kita pilih solusi itu.

Moga bukan kita menjadi salah seorang yang menjadi orang yang paling menyesal diakhirat kelak.Mahu menyesal sekarang sementara di dunia.Masih ada peluang perbaiki dan berubah.Jom cepat-cepat.

Sekian
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

12 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. sementara di dunia ni, masih boleh menyesal dan bertaubat. bila di akhirat, sesal pendapatan tiada gunanya

    BalasPadam
  2. betul... selalu ada peluang .. cari la jalan jgn sampai menyesal

    BalasPadam
  3. menyesal di dunia sempat lg bertaubat. jika menyesal di akhirat neraka la tempatnya.... Nauzubillahiminzalik!

    BalasPadam
  4. Betul..setuju...kalau benda dah berlaku dan mendatangkan aib, menyesal pun tak berguna kan PC

    BalasPadam
  5. Menyesalnya jika tak gunakan peluang yang ada untuk berubah menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Kesempatan yang masih ada, elok kita gunakan selagi pintu taubat masih terbuka.

    BalasPadam
  6. terima kasih Kak PC kerana mengingatkan =)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama