Sepatah Dua Kata

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

SEPATAH DUA KATA. Menghargai itu perlu. Kalau anggap cara menghargai cuma diterjemahkan dengan pemberian sesuatu itu silap. Ya itu salah satu cara menghargai orang lain namun ada banyak lagi cara untuk kita saling menghargai satu dengan lain atau orang sekeliling kita. Tidak hanya dengan memberi sesuatu dalam bentuk benda atau barang.

Sepatah dua kata. Nampak mudah dan paling ringankan. Terima kasih. Tahniah. Maaf. Tolong. Jaga diri. Selamat. Semua kata-kata ini ringkas sangat-sangatkan. Tak perlu pun karang  ayat hingga berperenggan-perenggan. Dengan satu patah perkataan sahaja orang dah boleh faham. Dah rasa gembira dan dihargai juga. Tetapi masih ada yang keberatan dan kedekut untuk mengucapkannya.

Sepatah Dua Kata
Sepatah Dua Kata

Septah dua kata itu ibaratnya macam kunci yang boleh membuka pintu, yang boleh membuka tali yang tersimpul dan kusut, boleh membuat orang tersenyum bahagia dan rasa dihargai, yang boleh buat orang rasa tenang juga. Nampak tak. kalau penat pun boleh jadi terbang melayang-layang rasa penat tu. Kalau tengah marah pun boleh reda rasa marah tu. Faham tak.

Ya, cuma sepatah dua kata. Itu pun kalah dengan keegoan. Tak rugi pun, tak jadi sia-sia pun. Allahu. Kalau sebelum-sebelum ni susah sangat nak bagi sepatah dua kata yang baik-baik pada orang lain, tak apa. Masih ada masa dan boleh lagi berubah. Ringkas namun bererti itulah dan cukup sepatah dua kata.

Sekian.
Love, PC.

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Waalaikumussalam.
    Yang pendiam tu biasanya susah nak buka mulut.

    BalasPadam
  2. Wkmsalam
    Terima kasih
    (Sepayah dua kata)

    BalasPadam
  3. brtbudi bahasa saling menghargai

    BalasPadam
  4. tolong jaga diri.. itu kata yg penting

    BalasPadam
  5. Akak ni kan banyak betul idea nak menulis.. suka baca smua penulisan akak😉

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama