Ketawa Dan Air Mata Februari

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

KETAWA DAN AIR MATA FEBRUARI.Rasa baru kelmarin dengar orang main mercun sambut tahun baharu 2021.Hari ni dah masuk bulan Februari.MasyaAllah.Apa lagi yang perlu kita lakuakan selain meletakkan rasa syukur pada setiap nikmat yang telah dan sedang dikecapi.Alhamdulillah.Sebenarnya,ujian juga perlu disyukuri itu tanda hamba yang benar-benar cinta pada Tuhannya.

Tentunya pelbagai hal yang sudah direncanakan untuk dilakukan.Moga semua dapat dilunaskan dengan mudah dan sangat lancar.InshaAllah Allah permudahkan.Aamiin. 

Ketawa Dan Air Mata Februari
Ketawa Dan Air Mata Februari

Bulan Februari merupakan bulan ulangtahun perkahwianan kami.Bulan Februari juga adalah bulan kelahiran en suami.Dua dalam satu.Alhamdulillah.Rasa syukur yang berganda.Rasa bahagia dan gembira yang luar biasa tapi sederhana.

Ketawa dan air mata Februari.Kalau bulan Januari mewah dengan kisah dan cerita pengalaman mama melahirkan PC dan mama serta baba bercerita perjalanan membesarkan PC,bulan Februari ini bulan ketawa dan air mata juga lebih mendalam dan berbekas dihati.Bulan ini pula akan heboh imbas kembali setiap babak di majlis persiapan akad nikah dan persandingan PC.Bulan air mata.Bukan suatu yang pelik bila di majlis pernikahan dan perkahwinan babak ketawa dan air mata berselang seli.Lebih-lebih lagi ketika lafaz taklik dan keluarga sakinah (Negeri Johor)dibacakan.Sampai sengau suara gara-gara nangis sampai sumbat lubang hidung.Kikikiki.

Seakan tidak berasa.Sudah lebih sedekad kami menjadi suami isteri.Merintis alam rumahtangga,menggalas tanggungjawab sebagai suami isteri bukan hal yang remeh dan tidak juga mudah.Tentu sahaja ada pasang surutnya emosi.Tentu sahaja ada turun naiknya ujian dan nikmat.Semua itu satu proses yang sangat lama dan panjang malahan berterusan.

Ada masanya suami perlu berubah.Ada ketikanya isteri yang mesti berubah.Dan ada detiknya suami isteri dua-duanya bertindak segera untuk berubah.Itulah sifir rumahtangga.Bangunkan kerana Allah.Jalani kerana Allah.Pelihara dan pulihara kerana Allah.Moga sampai syurga.

Sekian

Semua menjadi indah pada waktunya

 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Selamat menyambut anniversari di bulan februari

    BalasPadam
  2. Semua berubah sesuai dengan waktu...

    BalasPadam
  3. Tahniah PC untuk bulan februari bulan yg diraikan!
    semoga perjalanan kehidupan sentiasa dalam bkasih syg :)

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. tahniah kak PC & suami.. selamat ulangtahun juga.. :-)

    cida pun akan menyambut ulangtahun Sofia yang ke-16 bulan ni. bulan lepas bday suami..

    BalasPadam
  5. Alhamdullilah.. tahniah PC dan suami. Selamat ulangtahun juga ya. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan berbahagia dunia akhirat ya..

    BalasPadam
  6. pc dalam tarikh yang sama, ciksun dengan suami pulak tarikh beza sebulan lebih..anniversary bulan 12, birthday suami bulan 1..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama