بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
HILANG SATU PEMANDANGAN WAKTU AWAL PAGI. Sedia maklum sesi persekolah peringkat pertama telah pun bermula. Alhamdulillah. Walau PC belum belum diizin menikmati rutin hantar ambil dan menyekolahkan anak, tapi sudah menjadi rutin setiap hari melihat anak-ank jiran pergi ke sekolah. Lucu dan menarik kerana ada macam-macam gelagat. Boleh senyum sendiri. Geli hati pun ya juga. Sejak bermula perintah kawalan tahun lepas, semua pemandangan indah yang beragam watak dan karenah ini terus sepi. Dah tak nampak lagi anak kecil kayuh basikal dengan bekalnya disangkut pada handle basikal. Kan comel sangat tu. Suka tengok.
Ada seorang anak kecil ni PC perhati dia sedari masih kecil hinggalah sekarang dah darjah dua anak ni. Dari hari pertama belajar kayuh basikal tambahan dua roda pada basikalnya yang comel itu kemudian roda sokonganya tinggal satu hinggalah dia berjaya mengayuh tanpa roda sokongan itu dan tanpa diiring ayahnya. lama tak nampak anak itu. Dah tak nampak lagi dia kayuh dengan penuh semangat.
Sebenarnya sudah banyak yang tidak terlihat diawal pagi. Banyak rutin yang tiada. Hilang juga satu lagi pemandangan waktu awal pagi iaitu van atau bas sekolah yang mengambil anak-anak untuk ke sekolah. Selalunya awal pagi lagi jalan di taman PC ni sangat sibuk. Seawal jam 6.30 pagi sudah ada yang menanti di depan rumah. Masing-masing dan sedia. Tapi sekarang masing-masing dihantar dan dijemput oleh ibu bapa masing-masing. Keadaan masih belum mengizinkan. Tak apalah demi kebaikkan bersama.
Hilang Satu Pemandangan Waktu Awal Pagi |
Sekian
Tinta PC
Hilang Satu Pemandangan Waktu Awal Pagi
Tags:
Santai
bas sekolah dah kurang tapi kete mak pak yang berderet2 kat luar sekolah heheh...
BalasPadamsemoga keadaan kembali seperti biasa
BalasPadambetul tu, kesian juga mereka, ramai yang terjejas pendapatan
BalasPadamJaman dahulu walau sekolah jauh pun jalan kaki sahaja.
BalasPadamAnak2 sekarang mana mahunya jalan kaki ke sekolah.
suasana pagi norma baharu
BalasPadamsejak covid 19 ni, banyak yang berubah dah. tapi sekrag bila sekolah dah bukak, Alhamdulillah, sedikit-sebanyak ramai yang dah kembali ke rutin asal
BalasPadamSemoga semuanya kembali normal. Letih dah hidup dengan norma baru yang ammi rasa menyusahkan ni
BalasPadammasing masing dah busy preparation nak skolah
BalasPadam