Hukum Yang Telah Disyariatkan Pun Ada Kelonggaran

HUKUM YANG TELAH DISYARIATKAN PUN ADA KELONGGARAN. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم. Assalammualaikum wbt. Islam itu agama yang sangat indah. Memupuk keharmoniah dan kedamaian untuk semua. Itu yang diajarkan selain hidup dengan Tauhid. Hidup berTuhan. Al Quran dan hadis serta sunnah tidak boleh diubah. Jangan berani-berani ubah. Tapi kalau hukum atau peraturan yang didasari dengan ideologi manusia PC rasa boleh diubah untuk kebaikkan bersama dan kesejahteraan masyarakat. Asalkan sepakat. Hukum atau hukuman yang dibangun tidak melindungi atau cuma menjaga sebelah pihak sahaja.

Haram tetap haram. Wajib tetap wajib. Sunat tetap sunat. Harus tetap harus. Makruh tetap makruh. 

Namun begitu ianya ada kelonggaran yang diberikan kepada umat. Bukan bermakna hukum yang ditetapkan Allah SWT ini tidak kuat dan mudah diubah ya, tapi untuk mengajar umat setiap permasalahan itu ada jalan penyelesaiannya secara hukum syarak dan tiada alasan untuk kita berdalih dan beralasan yang bukan-bukan.

Contoh paling mudah adalah ketika darurat. Lelaki haram melihat aurat wanita yang bukan mahram. Wanita haram tunjukkan auratnya juga kepada yang bukan mahram. Namun dalam sesetengah hal diharuskan seperti wanita bersalin yang terpaksa dikendali oleh doktor lelaki ketika itu. Dengan syarat terlebih dahulu minta untuk dirawat oleh doktor wanita. Tidak semua orang mampu pergi mendapatkan rawatan dihospital swasta di mana boleh dirawat doktor wanita khas untuk mengendali setiap pesakit wanita sahaja. Awak mampu silakan. Jangan perlekeh keluarga atau pasangan suami isteri yang tidak mampu mendapatkan rawatan di klinik atau hospital swasta seperti awak. Hari ini awak mampu, akan datang belum tentu. Islam selalu memberi solusi dan ada kelonggarannya. Jangan menghakimi.

Entah kenapa PC hanyut dengan perasaan dan rasa. Rasa mahu berkongsi dan meluahkan. Marah ya, sedih pun ya, lebihnya adalah rasa terkilan dengan sikap manusia kepada manusia lain. Pelik dengan sikap manusia yang kau buat peraturan bukan semakin memudahkan sebaliknya menyakiti orang lain yang sudah sedia berada dalam keadaan sakit jiwanya menanggung kesedihan orang yang disayangi menghadap Ilahi. Otak mana otak. 

Maaf kalau kali ini PC ada terkasar bahasa. Tapi inilah hakikat yang ada dan banyak terjadi. jangan letak syarat pada hal kebajikan. jangan dihalang seorang anak yang mahu berbuat baik kepada orang tuanya. Kenapa mesti anak itu dihukum kerana pulang untuk melihat jasad ibunya untuk kali yang terakhir. Menegakkan undang-undang dan peraturan atau syarat yang dicipta atau mengukuhkan keegoan tempat di mana kau berada sekarang. Jadilag manusia yang manusia.

Hukum Yang Telah Disyariatkan Pun Ada Kelonggaran
Gambar sekadar hiasan

Hukum yang telah disyariatkan pun ada kelonggaran. Itu daripada Allah SWT. Kita cuma manusia, sedarlah diri.

Sekian
Tinta PC ❤
Hukum Yang Telah Disyariatkan Pun Ada Kelonggaran

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. terima kasih perkongsiannya kak PC :)

    BalasPadam
  2. Setuju. Bab bersalin di hospital kerajaan ataupun swasta. tak berkenan bila ada memperlekehkan kenapa dia tanak bersalin di hospital kerajaan. kemon lah, kemampuan keluarga lain-lain.

    BalasPadam
  3. ya ada kelonggaran yg memudahkan saat darurat

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama