JANGAN GATAL-GATAL INTAI RUMPUT JIRAN SEBELAH. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم Assalammualaikum wbt. Gatal-gatal, boleh jadi kerana alahan pada makanan. Kalau tidak pun mungkin alah dengan habuk, bulu binatang dan sebagainya. Ada banyak sebab atau faktor berlakunya gatal-gatal. Lain orang lain sebab mengapa terjadinya gatal-gatal. Kena gigit nyamuk pun boleh gatal kan. Tak gitu. Bila gatal-gatal, sedikit nikmat selesa itu Allah SWT ambil. Belum lagi parut yang tinggal dan berbekas pada kulit. Begitu kisahnya gatal-gatal disebabkan faktor luar. Ada tak gatal angkara pilihan dan kehendak diri sendiri.
Ha
Gatal ni bahaya sangat. Satu pesan PC, kalau nak tenang hidup salah satu daripada banyak syaratnya adalah baik PC atau awak, dan kita, ya kita, jangan gatal-gatal intai rumput jiran sebelah. Baik cakna dengan apa yang ada pada diri sendiri dan siapa yang paling dekat dengan kita. Mana yang kurang maka tambah dan perbaiki. Mana yang tidak betul maka perbetulkan. Mana yang lubang maka tampal bagi elok. Mana yang retak usahakan bagi rapat dan erat semula. kalau ada yang longgar dan hambar cuba bangkitkan rasa yang lebih baik dan membahagiakan.
Biar betul ni. Nak cerita apa sebenarnya Perdu Cinta, merapu. Jangan intai rumput jiran tu cuma kiasan. Cuma bahasa paling halus dan dalam. Sebenarnya kalau kata kasarnya, jangan suka irihati tak pun cari kelebihan orang kemudian bandingkan dengan kekurangan diri. Memang akan timbul banyak masalah nanti. Bukan pada diri sendiri je bermasalah. Dengan keluarga sekali terpalit sama brmasalah nak layan perangai kita. Bila nak tenang kalau asyik nak jadi macam orang lain. Memang ada yang boleh kita contohi tapi bukan semua. Mana yang boleh dan bersesuaian sahajalah jangan semua.
Jadi
Janganlah gatal-gatal intai rumput jiran sebelah. Rezeki orang tak sama. Kemampuan orang tak serupa. Keinginan masing-masing ada bezanya. Ada masa kita perlu paksa diri untuk menjadi lebih baik namun bukan bererti kita wajibkan diri memiliki sesuatu yang tidak sewajarnya kita miliki semata-mata mahu berada pada aras yang sama. Setiap kita ada cara masing-masing untuk menterjemahkan bahagia dalam kehidupan. Ketenangan itu nikmat.
Sekian
Tinta PC ❤
Jangan Gatal-gatal Intai Ruput Jiran Sebelah
Tags:
Santai
apa yg lebih penting jaga rumah kita, keluarga kita kan
BalasPadamBetul tu kak.
PadamKalau gatal2 di badan itu salah satu tanda kita tengah stress
BalasPadamHehehe..toksid keluar ya wak.
Padambetul, rezeki orang tak sama.. kan...
BalasPadamkan, lain-lain bahagian setiap orang.
Padamgatal gatal kalau terkena memang dugan sungguh..
BalasPadamgatal-gatal mengintai sehingga terbit perasaan iri tu lagi parah..