Mendengar Bicara Hamba

MENDENGAR BICARA HAMBA. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Allah SWT baik. Bukan baik tapi tersangat-sangat baik sekali. Dia atur A untuk dapatkan B. Sementara nak dapat B di situlah ujian kepada sekalian hamba-hambaNYA. Kita sedar atau tidak sahaja.

Allah beri panas yang terik sebelum diberinya hujan yang menyejukkan alam ini. Bila DIA beri rasa panas terik apa agaknya yang hamba-hambaNYA cakap dan terjemahkan kepadaNYA ya. Nah sekarang alhamdulillah hujan kian kerap turun membasahi bumi. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat.

Dilisankan atau cuma dalam hati, tetap sahaja Allah SWT Maha Mendengar segala-galanya. Kita harapkan hujan, diturunkan hujan. Kita nak sejuk Allah SWT beri sejuk. Allah beri. Dengan caraNYA dan dengan masa yang DIA tetapkan. Dan Kita terima.

Mendengar bicara hamba. Yang baik. Yang buruk. Yang tulus. Yang tidak tulus. Semua Allah SWT dengar. Berbisiklah sehalus dan seperlahan mana pun akan tetap sahaja didengari. Walaupun cuma dalam hati sebutlah yang baik-baik. 

Jangan berasa lisan kita tiada siapa yang mahu mendengarkan. Kerana mungkin tidak didengari manusia atau insan lain, tapi tetap sahaja DIA akan sentiasa mendengar dan peduli.

Sekian
Tinta PC
Mendengar Bicara Hamba

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama