Rezeki Selalu Ada Cuma Ikhtiarnya Bagaimana

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

REZEKI SELALU ADA CUMA IKHTIARNYA BAGAIMANA. Ikhtiar atau usaha sangat dekat dengan kehidupan kita selain doa dan tawakal. Buka mata awal pagi kita berusaha bangun, mandi dan seterusnya. Nak solat kita usaha ambil wuduk. Begitu juga dengan hal-hal lain. Menyerah pasrah sebelum berusaha kalau boleh elakkan. Nak pasrah atau redha boleh tapi ikhtiar dulu sungguh-sungguh ya.

Tidak hairan kalau rasa atau perasaan berputus asa itu ada dalam diri sesiapa pun. Adakala PC juga rasa putus asa. Tak tipu. Bila fikir balik kenapa aku mesti ada rasa putus asa. Owh wajarlah rasa itu singgah kerana dari rasa putus asa itu buat kita lebih mencari setelah mula sedar dan buka mata. Ingatkan diri jangan berada dalam zon putus asa itu terlalu lama kerana ianya membinasakan.

Yakin dengan percaturan Allah SWT kepada kita semua. Rezeki selalu ada cuma ikhtiarnya bagaimana.Sungguh-sungguh atau ala kadar sahaja. Betul-betul atau cuma main-main. Ikhtiar itu menjadi nilai tambah pada takdir yang telah Allah SWT tetapkan yang kita tidak tahu yang menjadi rahsiaNYA. Termasuklah juga dengan doa-doa yang kita mohon setiap masa. Ibaratnya lagu, lirik yang indah sudah tersedia. Tapi kalau ditambah dengan irama yang lebih syahdu tentu lebih nyaman dipendengaran kita kan. 

Seperti itu jugalah rezeki yang kita perolehi. Ada rezeki yang sudah sedia menanti pasti. Ada rezeki yang telah kita nikmati. Ada rezeki yang mengalir pergi. Allah SWT tidak mungkir janji. Tidak akan mengkhianati hamba-hambaNYA. Percayalah.

Manusia dan sekalian makhluk adalah perantara satu sama lain. Rezeki kau daripada aku. Aku yang beri rezeki pada kau. Tolong jangan kata begitu kerana kita kena sedar diri bahawa semua rezeki daripada Allah SWT, kita ni perantara sahaja. Melalui kita.

Rezeki Lagi
Rezeki Lagi 


Ukhuwah. Apa pun pemberian daripada sahabat-sahabat blogger ianya adalah pemanis dan mencoret warna indah pada halaman Perdu Cinta. Nikmat rezeki. Sungguh tidak ada yang mampu didustakan. Setiap yang hadir ke blog PC itu pun rezeki dan hadiah indah. Kalau PC kongsi pun syok sendiri tak ada sahabat blogger yang sudi singgah baca, tinggalkan ulasan semuanya tak bererti jugakan, maka kalian semua rezeki dan hadiah indah. Terima kasih sangat-sangat-sangat.

Pin..pin..pin..pin. Terkejut PC. Adik J&T hantar bungkusan. 

Rezeki Selalu Ada Cuma Ikhtiarnya Bagaimana
Rezeki Selalu Ada Cuma Ikhtiarnya Bagaimana

Rezeki Selalu Ada Cuma Ikhtiarnya Bagaimana
Rezeki Selalu Ada Cuma Ikhtiarnya Bagaimana

Sekian
Tinta PC
Rezeki Selalu Ada Cuma Ikhtiarnya Bagaimana

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. betul..kadang2 kita cepat mengalah. Kita tu ammilah..bukan PC hahah.
    Cepat sangat nak give up

    BalasPadam
  2. Wah! Tahniah! (terima kasih adik J&T juga!)

    BalasPadam
  3. betul tu Kak PC...rezeki diberi oleh yang Maha Pemberi Rezeki

    BalasPadam
  4. Betul tu PC, kita kena ikhtiar dan usaha jangan cepat putus asa. InsyaAllah, rezeki Allah tu luas. Tahniah juga ya untuk PC..

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah luas rezki kita

    BalasPadam
  6. Ibaratnya lagu, lirik yang indah sudah tersedia. Tapi kalau ditambah dengan irama yang lebih syahdu tentu lebih nyaman dipendengaran kita kan.

    KIta suka sangat ayat ni PC <3

    BalasPadam
  7. Betul PC saya setuju! saya harap lepas ni saya lebih bersyukur dgn rezeki yg ade..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama