SATU SAHAJA JANGAN JATUHKAN. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Tak nak bantu, tak nak doakan, tak nak sokong, tak nak meringankan dan tak nak yang lain-lain pun tak apalah, tapi mohon sangat-sangat, satu sahaja, JANGAN JATUHKAN.
Jangan "jatuhkan". Jatuhkan ada banyak jenis dan cara yang boleh dan biasa orang lakukan atau mungkin diri sendiri pernah atau sedang lakukan. Jatuhkan yang PC maksudkan adalah susahkan, menyusahkan dan bebankan orang atau pihak lain baik individu atau berkumpulan dan sebagainya. Melibatkan manusia dengan manusia.
Kalau tidak mahu membantu kemudian membuat orang lain susah itu menzalimilah bagi PC.
Banyak perkara atau hal boleh sesiapa sahaja lakukan. Jatuhkan. Ada banyak cara dan ada juga banyak kesannya. Kadang A nak jatuhkan B gunakan C. Kadang A nak jatuhkan C perangkap B. Kadang A nak perangkap B dan C peralatkan D. Nmpak tak taktik dan niat. Justeru sangat perlu ambil kisah pandangan atau pendapat orang terdekat kerana ada masa kita tak sedar sedang dijatuhkan dalam senyap tapi orang lain perasan dan tahu. Bukan tidak boleh mempercayai, bukan tidak boleh buat baik, tapi ada yang mesti diwaspadakan sentiasa. Minta perlindungan daripadaNYA.
Jangan ada niat mahu menjatuhkan kerana nanti jatuh sendiri takut tidak mampu bangkit sendiri. Mungkin kita puas hati melepaskan satu anak panah dan tepat mengena pada sasarannya seperti yang kita mahu dan sasarkan, tapi jangan pernah lupa untuk bersedia dan berlindung daripada banyaknya anak panah yang sedang serentak menuju ke arah kita yang menjadi sasaran pula.
Nak bahagia. Nak damai. Jangan jatuhkan siapa pun dikeselilingmu.
Sekian
Tinta PC ❤
Satu Sahaja Jangan Jatuhkan
Tags:
Santai
Kalau jatuh cinta...? hehee
BalasPadamHehehe, hati-hati dengan apa jatuh cintanya tu uncle.
PadamBetul, nak hidup aman damai, janganlah jatuhkan orang lain :)
BalasPadamInshaAllah hidup tenang.
Padammemang sedih bila orang lain jatuhkan kita sebab nak selamatkan diri dia
BalasPadamLebih sedih kita tak cuit orang tiba-tiba orang cuit kita.
PadamJangan saling menjatuh
BalasPadamMendakilah bersama2.
Betul sangat-sangat tu wak. Itu yang terbaik. Sama-sama.
Padamkalau tega menjatuhkan bersedia utk dijatuhkan
BalasPadamBetul kak PI, kalau tidak lebih baik fikir berkali-kali.
Padambenar!
BalasPadamKan.
Padamkarma itu ada, jgn igt terlepas kalau nak jatuh kan org
BalasPadamTidak di dunia akhirat menanti.
Padam