بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
BELAJAR MENERIMA DOA MOGA BERUBAH. Perkara baik tidak menjadi isu untuk diterima walau kadang orang yang berbuat kebaikkan pun dimusuhi baik cara nyata atau tidak nyata. Tidak semua orang boleh terima dan suka pada orang yang suka berbuat baik. Apatah lagi orang yang lakukan perkara kurang baik. Lagi laa jadi sasaran selalu.
Belajar menerima kekurangan atau keburukan itu sukar kerana manusia ada tahap keingianan yang tinggi dan lain macam kadarnya. Nak semua baik-baik sahaja, nak yang sempurna, nak yang manis-manis sahaja juga. Itulah manusia. Kalau tanya dengan PC pun macam tu yang PC inginkan namun jangan lupa kita manusia biasa ada tingkah laku yang pelbagai. Ada bermacam ragam. Tak gitu.
Mungkin ada yang mudah dinasihati, sekejap sudah boleh berubah dan senang ikut kata. Ada yang lebih keras daripada batu juga. Kita tidak boleh ubah orang lain kecuali dia sendiri mahu berubah dan dengan izin Allah SWT. Jadi jangan terkejutlah kalau dah berbuih mulut bercakap sampai berkerak tepi bibir masih lagi macam tu juga perangainya.
kalau kita ada niat nak bantu atau ajak orang lain menjadi lebih baik, jangan cuma nasihat atau tindakkan yang selayaknya sahaja tetapi dalam masa yang sama selalu doakan juga. Kalau doa kita belum dikabulkan jangan berputus asa.
Sekian.
Tinta PC
Belajar Menerima Doa Moga Berubah
Tags:
Santai
paling penting kita kena berdoa dan bersyukur kan PC
BalasPadampokok pangkalnya diri sendiri
BalasPadambetul, kalau ada yg keras mcm batu, nasihat mcm mana pun susah tul dia nak lentur
BalasPadam