Berakhir Hari Pertama Ramadhan

BERAKHIR HARI PERTAMA RAMADHANبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Alhamdulillah. Syukur atas izinNYA. Awal pagi ketika bersahur hujan turun lebat tidak, tidak lebat pun tidak. Sedang-sedang sahaja. Menyambut dan meraikan sahur pertama di bulan Ramadhan ini. Hari pertama. Suasana hening. Sejuk. Nyaman. Tenang. Sangat-sangat tenang. Damai sepertiga malam bawa hingga ke azan subuh. MasyaAllah. Sayu dengan tahrim. ingat keluarga di kampung. Ingat mama. Ingat babah. Arrghhhh. Allahu. Rindu. Sangat-sangat.

Puasa sunat dan puasa wajib ada cabaran yang berbeza. Hukumnya sahaja ada ringan dan beratnya. Sesuai hukumnya, begitu juga sesuai dengan bawaan dan cabarannya juga. Masuk waktu dhuha matahari mula bertugas dengan paling baik sekali. Cahayanya terang dan menyilaukan. Menerangi sekalian alam. Panas terik. Jadi jangan hairan tengok air kosong pun dan macam ais kacang tak pun macam siram bandung selasih. Aduh. Cubaan sungguh.

Biarpun sedang berpuasa, aktiviti tetap sahaja dilunaskan seperti biasa rutin hari-hari lain sebelum berpuasa. Bulan Ramadhan bulan bulan beralasan. Sebaliknya bulan menggandakan amalan kebaikkan. memang sedikit letih tapi letih yang ada pahalanya. Kalau mulut berbaupun nafasnya, bau itu juga ada pahalanya. Tidur yang seketika itu pun ada pahalakan. Apatah lagi kalau berzikir dan sebagainya.

Ghairah hari pertama. Ghairah memasak, mennyediakan menu untuk berbuka puasa. Semangat membeli pun kadang loncat pagar. Niat nak membantu peniaga itu bagus tapi jangan sampai terjadi pembaziran ya. Beli itu sikit ini sikit tidak mustahil gabung tiga meja bila sampai rumah. Hehehehe. Kalau memang ramai ahli keluarga tidak menjadi masalah besar pun. Kongsi rezeki. Meriah. Murah rezeki.

Apa sahaja nikmat yang kita kecapi tidak boleh kita nafikan. Sekecil apa pun nikmat itu.Menghitung hari hadirnya Ramadhan, hari ini berakhir sudah hari pertama Ramadhan. Ya Allah. Masuk malam kedua solat sunat tarawih. Malam pertama masih lagi banyak ruang kosong. Moga malam kedua dan seterusnya lebih ramai yang hadir ke surau dan masjid. Aamiin.

Nasi Goreng Ayam Goreng Berempah

Berakhir Hari Pertama Ramadhan

Bahan-bahan

Nasi
Ayam goreng berempah
Bawang merah
Bawang putih
Cili padi
Minyak masak
Garam
Serbuk perisa
Telur ayam (pilihan)
Sayuran (ikut pilihan / selera)

Caranya

Bawang merah, bawang putih dan cili padi ditumbuk (lumat / kasar)
(Bawang merah pun pilihan ada yang cuma guna bawang putih dan cili padi sahaja)
Ayam goreng berempah dibuang tulang ambil daging ayamnya sahaja siat halus-halus
Panaskan minyak kemudian tumis bahan-bahan yang ditumbuk, sampai garing, masukkan isi ayam yang telah disiat halus, masak sampai sebati, sampai naik bau, masukkan telur (pilihan), masukkan garam dan serbuk perisa. Seterusnya masukkan nasi. Ratakan nasi dengan bahan-bahan tumisan tadi.

PC suka masukkan sayur akhir sekali. Ada orang masukkan sayuran masa awal sebelum masukkan nasi. Boleh mana-mana pun. 

PC tak tahu nak letak sukatannya macam mana sebab biasa PC masak main ikut naluri je. Cuma bab letak garam tu kena berhati-hati. Biar kurang masing boleh tambah garam daripada terlajak masing takut yang makan muka masam mencuka.

Selamat berbuka puasa semua.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Berakhir Hari Pertama Ramadhan
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Alhamdulilah kan...
    walau kali ni sis x dapat nak puasa sama2 tapi sis tetap join jgk derang kat rumah ni berpuasa.... :)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.
    Saya berbuka makan nasi lauk ayam masak kicap, beli di bazaar sahaja. Niat nak tolong penjual di bazaar hehehe :D

    BalasPadam
  3. Selamat berbuka puasa
    Selamat menjalani ibadah tarawih

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.
    Moga dipermudahkan segala urusan amal ibadah di bulan nan mulia ini.

    BalasPadam
  5. ALHAMDULILLAH NIKMATNYA BERADA DALAM BULAN RAMADAN

    BalasPadam
  6. Salam 3 Ramadhan PC :)
    wah wah..PC kongsi resepi laa :)
    terima kasih PC :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama