بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
BUBUR LAMBUK. Bila bulan Ramadan, kebanyakkan surau dan masjid ada ahli jawatankuasa khas untuk masak dan agihkan bubur lambuk ni. Kadang orang persendirian pun ada yang masak kemudian sedekahkan kepada orang sekitar. Bukan hari lain selain bulan Ramadan tiada namun tidak semeriah dan sehangat ketika dibulan Ramadan.
Sepanjang bulan puasa ni rasanya setiap hari ada yang agihkan dan kami terima. Kadang dari surau dan masjid setempat, kadang dari surau dan masjid kawasan lain juga. Alhamdulillah. Memang namanya bubur lambuk tapi lain tangan yang masak maka lain jugalah rasanya. Bervariasi. Ikut selera dan tekak. Bab sedap ke tak sedap ni diri masing-masing yang menikmati menu. Kalau kurang sikit itu lumrah. Kan bulan puasa. Yang masak pun manusia biasa. Syukuri saja rezeki yang ada. Bagi PC semua sedap. Kan semua masak kerana Allah. Aamiin.
Walau dapat seadanya, sedikit yang dimakan tapi dek kerana mewah dengan bahan atau ramuan cepat mengenyangkan juga. Ada yang memang peminat bubur lambuk ni. Berbuka dengan bubur lambuk, bersahur dengan bubur berlauk kerana cabaran waktu sahur tidak semua mampu makan nasi berlauk juga. Maka bubur boleh buka selera, nah sila nikmati ya.
Bubur lambuk pun boleh menjadi sumber pendapatan juga. Sekarang susah dikormesialkan tidak kita waktu. Cuma memang sudah sangat-sangatkan terbiasakan, asal bubur lambuk itu Ramadan dan bila Ramadan mesti ada bubur lambuk. Sebenarnya bubur lambuk ni sesuai masak, dihidang dan dimakan bila-bila masa sahaja.
Sekian
Tinta PC
Bubur Lambuk
Tags:
Santai
Makan bubur lambuk waktu panas panas lagi best kan PC :D
BalasPadamBetul sangat-sangat. Buka selera dibuatnya.
PadamUntung tu PC dapat selalu makan bubur lambuk.
BalasPadamSedap. Suka.
Padamdah dua hari dapat makan bubur lambuk. cida suka bubur lambuk
BalasPadamJadi pembuka selera pun ya juga.
Padamalahai sedapnya tahun ni mama tak merasa lagi bubur lambuk
BalasPadamsignature bulan puasa
BalasPadam