BUKAN NIAT MENUNJUK TAPI BIAR PUAS MAKAN. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Ada sikit beri sikit. Ada banyak berilah lebih. Sifir PC, kalau PC ada sikit, jumlah yang PC beri sikit orangnya. kalau PC ada banyak, jumlah yang dapat lebih ramai. Kerana kuantiti apa yang beri itu lebih utama, kalau boleh lebih. Kalau jumlah yang PC nak beri itu ramai atau banyak, tapi kuantitinya sedikit, PC kena fikir berkali-kali. Memang sedikit sorang sedikit. Banyak sama-sama banyak, tapi ada masa kita perlu lihat juga keadaannya sesuai atau tidak.
Memberi makanan.
Bukan niat menunjuk tapi biar puas makan. PC belajar daripada mama dan babah juga sebenarnya. Kalau kita ada rezeki, nak beri atau sedekah makanan, tengok dan ambil kira juga ahli di dalam keluarganya. Secara rawaklah. Atau lebih kurang. Kalau kita tahu dalam keluarga tu ada ramai orang dewasa dan anak-anak atau nak kecil, berilah lebih. Supaya mereka boleh makan dengan selesa dan senang hati, tidak berebut dan tidak bergaduh. Tidak timbulkan masalah pada keluarga itu. kalau memang dalam sebuah rumah dan dalam keluarga tu tak ramai, berilah sekadar selayaknya sahaja atau tetap nak beri lebih pun tak salah lebih bagus. Orang dewasa lebih bijak mengalah berbanding anak-anakkan.
Sedap ke tak sedap apa yang kita masak, beli dan sebagainya bukan isu utama, asal beri lebih itu sudah memadai, mahu dimakan hingga habis atau bagaimana itu terserah tuan rumah yang sudah terima. Bab kita sudah selesai. Ada masa kita perlu kurangkan kuantiti kepada siapa yang mahu diberi tapi menambah kuantiti apa yang muhu diberi. Sekali lagi bukan niat menunjuk mampu beri banyak tapi niatnya biar puas makan.
Benar, berapa ramai yang kita nak beri, berapa banyak yang nak kita beri itu hak PC dan hak setiap orang juga. Kita tak boleh nak arah atau mengatur orang lain. PC pun tak boleh paksa orang lain setuju dengan cara dan pendapat PC juga kan. Cuma PC berusaha letakkan diri pada situasi. Bayangkan diri sendiri berada di tempat. Ingat pengalaman yang lepas dan telah berlalu. Kadang pengalaman itu buat diri kita lebih baik ketika menyantuni dan berpaiki juga cara memberi dan kongsi rezeki dengan yang lain.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Bukan Niat Menunjuk Tapi Biar Puas Makan
Tags:
Santai
Betul, beri sikit pada keluarga yg ramai ahlinya dikhuatiri berebut pulak tapi kami dulu2 faham, sikit banyak itu pemberian yg harus disyukuri, sikit sama merasa gituh.
BalasPadamBetul pc..ciksun pun kalo nak beri pada orang, akan ambil kira dulu berapa ramai duduk kat rumah tu..
BalasPadambetullah tu memberi ikut keperluan penerima
BalasPadampengalaman la mengajar kita erti kehidupan kan
BalasPadam