بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
CARA SENTIASA ADA UNTUK HAMBA. Jumaat kedua dibulan ini bersamaan empat Ramadan 1442H. Alhamdulillah. Allahuakbar. Nikmat sangat-sangat. Dalam banyak situasi yang kita semua lalui Allah masih izin dan permudahkan kita dalam banyak urusan seharian. MasyaAllah. Baiknya Allah SWT kepada kita semua hamba-hamba-NYA.
Rezeki setiap kita tidak pernah sama. Ada lebih ada kurang. Ada yang lebihnya banyak atau ada juga yang kurangnya lebih banyak namun semuanya berkecukupan dengan cara dan bahagian masing-masing seperti yang diri sendiri usahakan dan seperti apa yang telah Allah SWT tetapkan pada garis takdir.
|
Cara Sentiasa Ada Untuk Hamba
Kerana kita manusia biasa. Sering menemui satu titik. Titik kebuntuan. Memang tidak sentiasa namun sesekali ada situasi yang sebegitu dirasai. Atau mungkin cuma PC yang merasainya sahaja. Sebenarnya cara sentiasa ada untuk hamba. Ya, yakinlah bantuan Allah SWT itu tersangatlah luas dan luar jangkaan kita yang mewah dengan rasa-rasa. Islam tidak memberatkan tapi sesuatu itu menjadi beban bila meringankan apa yang telah Allah SWT tetapkan dan perintahkan kemudian kita hamba mengingkarinya dengan senang hati.
Beralasan itu perlu, namun untuk sentiasa beralasan demi menghindar atau mengelak itu haruslah berhati-hati dan tidak digunakan pada semua perkara atau hal untuk melepaskan diri. Islam mewah dengan cara dan landasan penyelesaian. Cuma mungkin kita yang perlu lebih mendasari. Aamiin.
Sekian. With Love PC |
Iya yakinlah bantuan Allah datang tepat pada masanya.
BalasPadamCuma kita manusia kadang-kadang terleka.
Betul tu Mrs A.
PadamAllah tak akan menguji hambaNya diluar kemampuan mereka...
BalasPadamSetuju Cikgu AK.
PadamTerima kasih untuk perkongsian yang amat bermakna ini, PC.
BalasPadamSama-sama Farrah.
PadamTeruskan meminta dan jgn berhenti berharap kan
BalasPadam