IKUT SUKA HATI DAN KEPALA OTAK SENDIRI BOLEH TAPI. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم Assalammualaikum wbt. Kita hidup di dunia ni dah tak lama pun. Seronok potong kek sedangkan ajal semakin mendekat. Seronok berjalan-jalan, sedangkan daun yang terukir nama kita menanti masa nak gugurnya. Serono ngeteh, ngopi kat warung, malaikan siaga tunggu arahan daripada Allah SWT untuk ambil nyawa kita. Jadi sementara hidup ni banyakkan buat perkara yang baik-baik untuk raih kasih sayang dariNYA sentiasa.
Biasalah namanya manusia. Perdu Cinta pun manusia juga yang tak terlepas daripada khilaf yang selalu berasa selesa dengan sedikit amalan dan kebaikkan, padahal macam habuk dan debu ditiup angin sedikit entah ke mana-mana. Lesap. Habis. Allahu.
Lebih mudah kawal diri sendiri berbanding kawal orang lain. Sungguh ni. Lebih mudah pujuk hati sendiri daripada pujuk hati orang lain. Tak tipu. Setiap orang ada ragamnya. Ada pendapatnya yang kadang lain macam rentaknya. Ikut suka hati dan kepala otak sendiri boleh tapi jangan sampai susahkan orang lain. Faham tak. bab tidak menyusahkan orang lain tu tidak semua orang boleh buat kerana kebanyakkannya keputusan sendiri, ikut hati sendiri, ikut kepala otak sendiri tapi hujungnya orang lain sakit kepala dan menanggung penderitaan emosi.
Baik dari sudut perbuatan ke, lisan ke, kalau yang kurang baik kepada orang lain, inshaAllah kesan tidak baiknya tu kembali kepada kita. Kalau berasa selamat kerana diri sendiri tidak mengalami apa-apa, kena ingat keturunan dan orang yang paling dekat disekeliling kita. Ingat tu.
Jangan berasa satu kerugian kalau ambil masa membuat sebaik-baik pertimbangan. Itu lebih baik daripada berhujung sengketa dan menzalimi.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Ikut Suka Hati Dan Kepala Otak Sendiri Boleh Tapi
Tags:
Santai
sebaiknya jgn terlalu pentingkan diri sendiri semata
BalasPadamSangat betul tu kak PI.
PadamSetuju. Berfikir sedalamnya sebelum buat satu keputusan. Dan biar keputusan tu menggunakan akal waras bukan emosi semata
BalasPadambetul sngt tu.. jgn terlalu nak penting kan diri
BalasPadam