Jangan Lupa Catat Hutang Puasa

JANGAN LUPA CATAT HUTANG PUASAبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Hutang wajib bayar. Bila hutang puasa wajib qada atau ganti semula. Atau pun bayar fidyah. Atau fidyah dan qada juga. Qada ke, bayar fidyah ke, sama ada salah satu atau kedua-duanya kalau tak yakin, nak kan kepastian rujuk pada yang lebih pakar. Boleh tanya ustaz ke, ustazah ke, kalau ragu juga pergilah rujuk pejabat agama berhampiran. Lebih puas hati dan lebih jelas juga. Taklah was-was. Tertanya-tanya.

Sebut hutang puasa ni jangan tunjuk pada kaum wanita sahaja. Ada jugakan kaum lelaki yang ada hutang puasa. Apa yang PC kongsikan ni umum. Contoh mudah di hospital tu adakan pesakit lelaki selain pesakit wanita. Jadi bila sebut hutang puasa jangan cepat sungguh tunjuk pada wanita. Ada wanita yang tak puasa sebab haid, ada juga kerana nifas selepas melahirkan. Boleh jadi juga dia tidak berpuasa kerana sedang hamil. Kadang tak kerana haid atua nifas tapi ada penyakit yang atas nasihat pakar perubatan tidak dibenarkan berpuasa.

Jangan Lupa Catat Hutang Puasa
Gambar sekadar hiasan

Syarat Wajib Puasa :

1) Islam 2) Baligh 3) Berakal 4) Sihat 5) Bermukim (Tidak Musafir) 6) Suci (Dari Haid Dan Nifas)

Syarat Sah Puasa :

1) Islam 2) Berakal & Mumayyiz 3) Suci (Dari Haid Dan Nifas) 4) Nyata masuknya bulan Ramadhan


Bila  sudah cukup semua syarat wajib. Bila sudah sempurna syarat sah puasa. Kedua-duanya syarat wajib dan syarat sah sangat boleh dan sudah layak dipenuhi atau disempurnakan namun tanpa sebab kukuh meninggalakan puasa di bulan Ramadan, jagan lupa catat hutang puasa yang telah ditinggalakan. Kita manusia yang mudah khilaf dan terlupa. Lebih baik catat di mana-mana yang mudah dilihat dan mudah dirujuk serta mudah diingati. Bagutahu juga pada sesiapa agar sentiasa boleh ingatkan. PC selalu maklumkan pada en suami termasuklah babah dan mama. Supaya mereka boleh selalu ingatkan PC. Sama-sama ingatkan untuk kebaikkah bersama. Aamiin.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
jangan Lupa Catat Hutang Puasa

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. hutang apa pun kena bayar kan

    BalasPadam
  2. We cater to you every time you seek Professional Homework Service . We consider it to be our priority to deliver the necessary guidance at rates that won’t burn a hole in your pocket. When you choose us, you not only get assistance from some of the finest writers in the industry, but we also offer attractive discounts, refunds, and credit points as well.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah da langsai fidyah. tak berapa paham nasib baik ada ustazah sekolah anak. senang refer dia. terus bagi pada asnaf. kebetulan sekolah ada buat kempen bakul ramadhan.kalau tidak pikir bayar online je

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama