SEDIKIT SENYUMAN KELEGAAN PENIAGA. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم .Assalammualaikum wbt. Semua sedia maklum pandemik COVID-19 mengubah 360 darjah sisi dan sudut kehidupan kita. Mungkin ada yang menganggap ini biasa sahaja. Dan ada juga yang berasa sangat terbebban dan paling tertekan. Biarpun sesutu yang terjadi itu bukan dek kerana COVID-19 semata-mata tapi ada unsur lain juga, namun COVID-19 yang selalu digaris bawah menjadi punca utama dan asbab terbesar sekiranya hal tidak baik belaku pada kita. Memang ya, dan tidak boleh dinafikan juga.
Para peniaga yang seratus peratus memncari dan memperolehi sumber pendapatan melalui perniagaan adalah yang pertama merasai satu tekanan hebat ketika pandemik COVID-19 melanda. Para penisga yang bermuamalat secara terus atau langsung dengan pelanggan atau pengguna terbeban teruk. Pendapatan sangat terjejas. Taraf hidup dan kuasa membeli merudum. kalau hari biasa berniaga, cara peniaga mahu mendapatkan rezeki lebih adalah membuka kedai atau berniagaan ketikan bulan Ramadhan di bazar-bazar Ramadhan kan. Namun tahun 2020 menjadi tahun pertama semuanya cuma tinggal sebu-sebutan sahaja.
Setahun lebih semua ini telah berlangsung dan kita semua hadapi, tahun ini meraikan dan menyambut Ramdhan kali kedua masih berada dalam keadaan pandemik COVID-19 yang turun naik dan membimbangkan juga kesnya. Allahuakbar. Bersyukurnya, berbanding tahun sudah, tahun ni alhamdulillah dibenarkan para peniaga untuk berniaga di bazar-bazar Ramadhan walau tidak di semua tempat dan di semua negeri. Sekurang-kurangnya ada peniaga yang boleh sedikit tersenyum dan menarik nafas lega untuk menerukan kehidupan mencari rezeki.
Alhamdulillah. Sedikit senyuman kelegaan peniaga. MasyaAllah. Cuma apa yang paling penting jangan lupa ikut SOP yang telah ditetapkan. Kena sama-sama menjagalah ya.
Gambar sekadar hiasan Sinar mentari pagi seperti Tuhan selalu memberi bantuan pada saat yang paling tepat. |
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Sedikit Senyuman Kelegaan Peniaga
Tags:
Santai
Sekarang orang senyum pun kita tak tahu
BalasPadamsebabpakai mask
betul PC..sedikit kelegaan cuma skg musim hujanla pula..huhuu
BalasPadamalhamdulillah dah boleh meniaga seperti biasa. tp kat sini hujan lebat. kurang orang yang berniaga. tp hujan tu pun rezeki juga kan.
BalasPadamSyukur bazaar boleh bukak. Yg penting org awam lah bg kerjasama ikut sop.
BalasPadam