بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
TERPEDAYA HINGGA PUASA SIA-SIA. Hari-hari biasa boleh makan ikut suka. Sentiasa. Bila puasa awal pagi bangun bersahur kemudian niat. Atau ada yang niat terus sebelum tidur kerana takut tak sedar waktu sahur atau memang tak bangun sahur. Niat jelah terus perhari ok atau terus niat puasa sebulan. Beza hari-hari biasa dengan ketika berada dibulan Ramadan bezanya sikit je. Cara kasarnya cuma niat, sahur dan berbuka puasalah selain tarawih. Eh, zakat fitrah juga.
Sebenarnya yang dah terbiasa kita buat itu yang susah nak dikawal. Apa-apa pun yang dah terbiasa jadi satu perjuangan nak tidak melakukannya. Jangan terpedaya hingga puasa sia-sia. Orang puasa aku puasa. Tapi kenapa puasa orang penuh pahala tapi puasa aku penuh dosa. Macam tulah ibaratnya. Kalau tak takut cuma dapat lapar dan dahaga kena sentiasa ingatlah.
Kena sentiasa ingatlah, aku puasa ni. Takkan nak mengumpat lagi, nak cari pasal lagi, salurkan hati sana sini, buka aib itu ini. Kalau sebelum-sebelum ini susah nak kawal diri, ambil kesempatan Ramadan ni berubah jadi lebih baik. Kalau berasa dipersekitaran yang begitu, hindari. Diri sendiri pun janganlah mencari geng yang begitu. Puasa ni perlukan perjuangan tau. Perlukan semangat juga. Jadi kalau puasa tu jangan separuh-separuh. All out yang terbaik dipandangan Allah. InshaAllah boleh.
Sekian
Tinta PC
Terpedaya Hingga Puasa Sia-sia
Tags:
Santai