TIDAK SALAH DAN RUGI PUN KALAU SELITKAN RASA KEMANUSIAAN. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم Assalammualaikum wbt. Hari kedua dibulan April. Alhamdulillah syukur atas segenap nikmat. Petang dah. Nikmat rasanya dapat menghirup secawan milo suam. Ya Allah. Mana nikmat yang boleh kamu dustakan. Tak ada satu nikmat pun boleh kita nafikan. Melainkan terus berterima kasih dengan Allah SWT.
Berterima kasih dengan sesama insan dan makhluk. Berterima kasih dengan Yang Maha Pemberi. Apa yang kita ada, DIA yang beri. DIA yang pinjamkan. kena selalu beringat. jangan sanpai terpesona dan hanyut di situ. Kerana ramai yang kian hanyut dan lemas dengan nikmat sementara yang dipinjamkan olehNYA. Nauzubillah. Takhta itu sering menjerumuskan manusia ke lembah paling hina. Benarkah begitu. Ada kebenarannya cuma mungkin tidak pada semua orang. Tidak semua individu yang ada takhta lupa daratan. Ada je yang baik dan sedar diri.
Ada yang karam kerana takhta. Ada yang lebih banyak menyelamatkan dengan takhta. Yang mana satu.
Menggunakan kuasa sepenuhnya. Untuk membela. Untuk menghukum atau menganiaya. Kedua-dua jenis ini ada di dunia hakikat. Percayalah ianya ada. Membuat segenap keputusan berdasarkan fakta dan akta yang sudah tersedia itu baik dan benar. Baguslah. Mengambil dan menerima laporan daripada sekeliling itu bagus namun satu hal yang perlu diambil kira adalah, tidak semua laporan yang disampaikan itu benar begitu kejadiannya. Tidak semua pelopor itu jujur dan lurus lisan juga hatinya. Bukan tidak ada yang jujur tapi yang berbohong itu sangat ramai dan banyak. Seandainya awak, awak dan awak adalah seseorang yang diberi tugas atau kepercayaan sebagai pemutus keputusan akhir, tolong pertimbangkan sebaik-baiknya dan teluskan segenap situasi serta sumber. Setiap keputusan itu ada kaitannya dengan rezeki yang kita gunakan untuk diri sendiri dan orang disekeliling kita.
Jangan berani merampas sesuka hati hak orang lain untuk membuat dan memberi keputusan. Tidak salah dan rugi kalau selitkan rasa kemanusiaan pada sesama insan. Mencederakan itu tidak hanya bila ada luka, berdafah pada luaran seseorang sahaja, mencederakan juga boleh terjadi pada psikologi seseorang. Sesuatu yang tidak terzahir pun sangat perlu diambil kira.
Jadilah manusia yang manusia seperti fitrahnya. Dahulukan pandangan Tuhan sebelum bermati-matian pertahankan pandangan manusia.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Tidak Salah Dan Rugi Pun Kalau Selitkan Rasa Kemanusiaan
Tags:
Santai
SALAM HUJUNG MINGGU PC CERIA SELALU
BalasPadamberkongsi rezeki tu sesuatu nikmat :)
BalasPadamHi...jom join GA ni!
BalasPadamhttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2021/03/giveaway-raya-bersama-shida-radzuan-blog.html