BERAKHIR RAMADAN 1442H. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Macam baru semalam dengar pengumuman puasa. Hari ini hari terakhir Ramadan untuk kali ini ditahun ini. MasyaAllah. Alhamdulillah. Puasa kali ini tetap seakan sama puasa tahun sudah cuma mungkin lebih ada sedikit kebebasan kerana ada bazar Ramadan. Yang menjadi cabarannya adalah nak menahan lisan dan perasaan marah bila melihat dan mendengar sesetengah pihak dan individu boleh ke mana-mana dengan alasan yang tersendiri. Itu rezeki awak. Silakanlah. Rezeki kami tengok dan menahan perasaan. Huhuhu.
Berakhir Ramadan 1442H. Hari yang sepatutnya berkumpul tapi tidak dapat berkumpul. Hari yang sepatutnya masing-masing berhadapan dengan kesesakkan jalanraya tapi jalan sedikit lengang barangkalilah. Kecuali yang melakukan pergerakkan sebagaimana yang selayaknya dengan alasan yang paling dipatuhi seperti dibolehkanlah agaknya. Hari sepatutnya semua sibuk didapur mak ayah menyediakan juadah tentu sepi kerana masing-masing sibuk di dapaur masing-masing sahaja. Hari-hari yang sepatutnya ini telah Allah swt lebih tahu dan disusun olehNYA juga. 2020 akan ada virus menyerang. 2021vmasih lagi berada dalam situasi yang sama. Ini semua Allah tahu. Tak apalah.
Hidup mesti diteruskan. Berakhir sudah. Semoga ada lagi rezeki untuk kita, ibu bapa kita, keluarga kita dan kita semua rezeki menjalani ibadah puasa di Ramadan akan datang. Ya, hidup mersti diteruskan. Untuk menjadi hambaNYA yang lebih baik iman dan akhlaknya. Setahun sekali madrasah besar ini dibuka. Namun kelas tambahnnya selalu ada dan boleh kita lakukan. Puasa-puasa sunat.
Ya Allah,
Terima kasih atas izinMU untuk kami melunasi rukun Islam ketiga ini. Sekaligus melaksana rukun Islam keempat juga iaitu zakat fitrah. Mungkin ini bukan Ramadan yang sempurna untuk kami maka Engkau izinkan kami tetap menikmati. Kalau ada kurangnya bukan dariMU tapi dari kurang dan khilafnya kami hamba-hambaMU. Ya Rabb, kukuhkan lagi tangkai-tangkai dedauanan didahan yang tetulis nama kami, agar kami masih berpeluang menemui dan menjalani ibadah puasa ditahun baharu yang akan datang nanti. Terimalah amal ibadah kecil kami Ya Allah. Rahmati ibu bapa kami. Rahmati kami. Aamiin.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Berakhir Ramadan 1442H
Tags:
Santai
pejam celik masa berlalu.. skejap je da 30 hari ramadhan.. semoga bertemu lagi ramadhan akan dtg..
BalasPadamsalam aidilfitri.. maaf zahir dan batin..
stay safe..
SALAM AIDILFITRI PC N FAMILI
BalasPadamSha berdoa semoga kita semua berpeluang untuk bertemu dengan Ramadan lagi.. Aamiin..
BalasPadam