بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
BEZA NAMA DAN WARNA TAPI SAMA RASA. Hari terakhir Ramadan bererti malam Syawal. Lazimnya di mana-mana sahaja akan ada banyak jualan murah. Lelong. Penghabisan stok baik makanan, pakaian dan tentu sekali kuih atau biskut raya. Tiga balang sepuluh ringgit. Lima balang dua puluh ringgit. Hati siapa tak tergoda. Gulppp. Telan air liur tengok warna dan namanya. Menarik semuanya wooo.
Sebalang dua mesti nak ada atas mejakan. Ada tetamu ke, tak ada tetamu ke itu cerita lain. Bukan hal pelik kita suka borong dan tunggu harga jatuh gedebuk. Ada perniagaan yang tulus, lurus dan jernih niat berniaga nak cari rezeki kerana Allah. Untung tetap untung yang diharapkan namun tidak hingga kabur tergamak berselindung atau menutupi hakikat. Masih ramai peniaga yang baik-baik hatinya. Alhamdulillah.
Dan, sebagai pengguna atau pelanggan juga pembeli anda perlu bersedia bila beli kuih muih raya dengan risiko Beza Nama Dan Warna Tapi Sama Rasa. PC berkongsi berdasarkan pengalaman keluarga dan diri PC sendiri. Sedih ya tap tak apalah. PC yakin masih ramai peniaga yang baik dan jujur. Kerana dua tiga kali sahaja terkena selain daripada itu semuanya baik-baik sahaja. Alhamdulillah. Setiap orang ada alasannya yang tersendiri walau memang niat tidak menghalalkan cara. Kita maafkan sahaja. Maafkan bukan kerana nak tunjuk baik tapi berharap tiada hutang tersirat.
Sekian
Tinta PC
Beza Nama Dan Warna Tapi Sama Rasa
Tags:
Santai
Bergantung pada nasib. Tapi selalunya macam tu lah. Biskut raya memamg rupanya pelbagai, tapi rasa sama. Mungkin based yang digunakan sama sebab nak jimat.
BalasPadamYe... Ramai yang baik dari yg tak baik sebenarnya...
BalasPadamsetuju dengan Kak PC, harapnya saya termasuk dalam golongan peniaga atau penjaja yang jujur.insya-Allah =)
BalasPadamsebab tu suka baking sendiri.. puas hati hehe
BalasPadampernah kena bab nama berbeza tapi rasa sama.. nak buat macam mana dah rezeki, hehehe.. tapi lepas tu memang tak beli dahlah..
BalasPadam