BIARLAH TAMAK KETIKA BERDOA. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Sifat tamak tu sangat tidak baik. Orang tamak selalu rugi macam anjing dengan bayang-bayang. Terkenal peribahasa ni zaman PC sekolah. Bila ada pertandingan pantun ke, menulis esei ke, syarahan ke, haaa peribahasa inilah yang selalu menjadi salah satu tema boleh dipilih dan dibahas. Initnya adalah sifat tamak tu.
Tapi bila PC fikir-fikir, kita wajar ada sifat tamak. Dan tidak semua sifat tamak itu membinasakan atau memberi kesan buruk kepada kita. Nak tamak boleh-boleh sahaja cuma kena pastikan tamak yang bagaimana. Kena sesuaikan juga dengan keadaan dan waktunya. janganlah sepanjang masa tamak. Tamak tak tentu hal tiada tujuan. Kalau nak tamak tapi tak susahkan orang lain mengapa tidak.
Fasa yang dinanti-nanti telah tiba. Sepuluh malan terakhir ni di bulan Ramadan. Jadilah hambaNYA yang tamak. Lebih tamak daripada kebiasaannya. Biarlah tamak ketikan berdoa disaat ini kemudian teruskan sehingga tamat Ramadan pun tidak mengapa. Kalau sebelum ni minta cuma dua tiga perkara, peluang yang ada ni gandakanlah. Ulang-ulang doa yang sama pun tidak mengapa juga.
Berdoa untuk diri sendiri. Untuk ibu bapa. Untuk keluarga. Untuk negara jangan dilupakan ditambah kita masih berada dalam tempoh perintah kawalan untuk memutuskan rantaian COVID-19. Doa yang mana. Doa daripada siapa. Kita tidak tahu yang mana yang akan Allah swt terima dan kabulkan, justeru itu kita teruslah berdoa.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Biarlah Tamak Ketika Berdoa
Tags:
Santai
Ye, doalah apa sahaja untuk kebaikan dan manfaat kita
BalasPadamSemoga Covid-19 cepat berlalu. Aaminn
BalasPadamdoa sebanyak-banyaknya justeru Allah Maha Kaya
BalasPadamTerima kasih untuk peringatan ni. Marilah kita gandakan amalan dan doa dalam 10 malam terakhir ramadan ni.
BalasPadamdoa yang tak pernah jemu...doa untuk kedua ibu bapa... sebab ada lagu sabyan gambus tu melagukan doa ni... jadi siulan masa tengah masak kat dapur
BalasPadambetul tu... kita tak tahu doa mana satu yg Allah terima...
BalasPadam